CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10417|Reply: 0

F1: Ferrari tidak bercadang tukar pemandu

[Copy link]
Post time 3-12-2023 11:09 AM | Show all posts |Read mode

LECLERC dan Sainz bakal mengakhiri kontrak pada penghujung 2024, namun Ferrari bercadang untuk terus mengekalkan mereka untuk tempoh lebih panjang. - AFP

MARANELLO, Itali – Pasukan Ferrari tidak mempunyai sebarang perancangan untuk membawa masuk pemandu baharu bagi menggantikan tempat Charles Leclerc dan Carlos Sainz selepas musim 2024.

Ketika ini, khabar angin bertiup kencang terutama ketegangan antara Leclerc dan Ferrari yang berpunca daripada keadaan prestasi jentera mereka dalam perlumbaan Formula Satu (F1) masih belum mencapai tahap terbaik pada musim 2023.

Sementara itu, Sainz pula dikaitkan untuk menyertai projek Audi menjelang musim 2026 namun, pemandu kelahiran Sepanyol membuat keputusan untuk kekal mengemudi jentera Ferrari.

Presiden Ferrari, John Elkann tanpa berselindung mengakui bahawa pasukannya itu merancang untuk kekal menggunakan khidmat kedua-dua pemandu terbaiknya itu biarpun kontrak mereka berdua berakhir pada hujung musim 2024.

“Sudah pasti Sainz dan Leclerc akan kekal bersama pasukan ini. Jelas ia adalah musim yang mengecewakan buat Ferrari, tetapi kami hampir boleh menamatkan saingan di tempat kedua pada perlumbaan terakhir.

“Pada masa yang sama secara keseluruhan ia adalah positif bahawa pada bahagian terakhir kejuaraan, kami berjuang untuk tempat kedua.

“Jadi, kami perlu mengambil kira perkara itu dan bergerak ke hadapan dalam kejohanan seterusnya dan menukar kedudukan petak itu kepada kemenangan,” kata Elkann.

Dalam kategori pengeluar, Mercedes berjaya menamatkan saingan tersebut di kedudukan kedua selepas mengumpul 409 mata dan hanya meninggalkan pasukan Ferrari dengan tiga mata selepas mengumpul 406. – AGENSI


https://www.kosmo.com.my/2023/12 ... dang-tukar-pemandu/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:52 PM GMT+8 , Processed in 0.106237 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list