CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26762|Reply: 3

[Tempatan] Banjir di Kelantan bertambah buruk, dua sungai melepasi tahap bahaya

[Copy link]
Post time 4-12-2023 10:42 PM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 5-12-2023 05:29 AM

KOTA BHARU: Mangsa banjir di Kelantan bertambah kepada 4,530 orang daripada 1,462 keluarga setakat 9 malam tadi, berikutan satu lagi pusat pemindahan sementara (PPS) di Pasir Mas dibuka hari ini.

Semua mangsa berkenaan ditempatkan di 12 PPS di dua daerah iaitu Pasir Mas dan Tanah Merah, manakala dua PPS di Bachok ditutup sepenuhnya petang tadi.


Berdasarkan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), jumlah mangsa banjir di Pasir Mas bertambah kepada 4,511 orang daripada 1,454 keluarga yang berada di 11 PPS berbanding 3,016 petang tadi dan seramai 19 mangsa daripada lapan keluarga berada di satu PPS di Tanah Merah.

Sementara itu, menurut laman web publicinfobanjir.water.gov.my, paras air Sungai Golok di Rantau Panjang masih melepasi paras bahaya dengan bacaan 10.17 meter (m) berbanding paras normal 5m.

DISYORKAN UNTUK ANDA



Dua lagi sungai melepasi paras waspada iaitu Sungai Golok di Kuala Jambu, Tumpat dengan bacaan 2.27m berbanding paras normal 0.7m dan Sungai Kelantan di Kuala Besar, Kota Bharu dengan bacaan 1.51m berbanding paras normal 1.3m.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2023 10:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Hujan lebat ye di sana...koto baru x hujan ke
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2023 09:36 AM | Show all posts
Tukar ketua pembangkang lagi penting...hehe
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2023 12:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Suruh Ulama' baca doa je. Mustajab doa Ulama' PAS.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 06:13 AM GMT+8 , Processed in 0.541749 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list