CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 26126|Reply: 36

[Tempatan] Kes baharu Covid-19 naik 57% kepada lebih 3,600 minggu lepas

[Copy link]
Post time 5-12-2023 10:00 PM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 6-12-2023 02:04 AM



Ketua Pengarah Kesihatan Dr Radzi Abu Hassan berkata, ketika ini, terdapat 8 kluster aktif membabitkan 121 kes telah dikesan.

PETALING JAYA: Jumlah kes baharu Covid-19 minggu lepas meningkat sebanyak 57.3% kepada 3,626, daripada 2,305 yang dicatatkan pada minggu sebelumnya.


Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Dr Radzi Abu Hassan, 48% kes baharu adalah dalam kalangan individu berusia antara 20 dan 40 tahun, dan 98% hanya mengalami gejala ringan.


“Kes mingguan Covid-19 dikesan telah melepasi angka 1,000 kes pada setiap minggu sejak Minggu ME 41/2023 sehingga ke ME 47/2023 dengan kadar peningkatan antara 7.1 hingga 57.3%.


“Walaupun terdapat peningkatan kes Covid-19 dicatatkan, namun keadaan terkawal dan tidak membebankan fasiliti kesihatan sedia ada,” katanya dalam kemas kini bagi minggu berakhir 25 Nov.


Tambahnya, petugas kesihatan awam mahupun swasta telah diminta agar sentiasa berwaspada dengan peningkatan kes Covid-19 dan lebih peka dengan pesakit-pesakit yang mempunyai gejala saluran pernafasan akut, terutama golongan berisiko tinggi.


Radzi berkata, ketika ini, terdapat lapan kluster aktif membabitkan 121 kes.


Sementara itu, kadar kemasukan pesakit Covid-19 ke hospital meningkat sebanyak 2.9% bagi setiap 100,000 penduduk, berbanding minggu sebelumnya.


Pengisian katil Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah 0.4%, dengan pengisian katil bukan kritikal Covid-19 sebanyak 0.9%, tambahnya.


Empat varian Omicron baharu turut dilaporkan, semuanya diklasifikasikan sebagai varian dibimbangi (VOC).


Radzi berkata, dua kes varian Omicron baharu, BA.2.86, telah dilaporkan melalui aktiviti saringan gejala di klinik kesihatan.


“Kedua- dua kes tidak mempunyai sejarah ke luar negara dalam tempoh 14 hari sebelum gejala. Mereka dirawat sebagai pesakit luar dan dalam keadaan stabil,” katanya.


Sehingga kini, menurutnya, hampir 46 negara telah melaporkan kes varian BA.2.86, yang diklasifikasikan sebagai varian perlu perhatian (VOI). Tiada perubahan dari segi klinikal dan keterukan membabitkan varian ini, tambahnya.


https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2023/12/03/kes-baharu-covid-19-naik-57-kepada-lebih-3600-minggu-lepas/





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2023 10:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Booster on the way ke?
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2023 11:02 PM From the mobile phone | Show all posts
baru je balik dr klinik, huhu.. punya la ramai org.. doktor ada 5 org, alhamdulillah dlm. sejam. setel. jugak
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2023 11:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Bersepah kena covid kat opis hahahaha

Tp deme tak demam pun.. sedar selsema gitu je... swab test positive... so duk le rumah, work from home pastu masuk ofis balek
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2023 11:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Binodino replied at 5-12-2023 10:04 PM
Booster on the way ke?

Tak lah... covid is very mild nowadays... demam pun tidakkkkk
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2023 01:13 AM | Show all posts
Musim rebus cengkeh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-12-2023 01:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Get ready uols...nak pkp balik ni
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2023 02:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak suh cok boostah letewwwww, tapi waktu cok pasti wajib khennn sign consent form yg segala risiko AEFI laknat bakalan kena tanggong sendirik sebab manfaat melebihi mudharat puaka ha gaytuh!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2023 03:26 AM From the mobile phone | Show all posts
green~tea replied at 5-12-2023 11:06 PM
Tak lah... covid is very mild nowadays... demam pun tidakkkkk

So no need to panic la kan?
If covid very mild, rasanya media boleh stop reporting pasal covid ni. Boleh menimbulkan kegusaran awam. Dah la bab bed usage in ICU tu pun campur dengan non covid cases, tu yang % bed usage tu jadi banyak padahal dah campur dengan non covid cases.

Unless ada hidden agenda la. Like nak menjayakan digital ID tu ke
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2023 05:08 AM From the mobile phone | Show all posts
antikorok replied at 6-12-2023 02:12 AM
Nak suh cok boostah letewwwww, tapi waktu cok pasti wajib khennn sign consent form yg segala risiko  ...

Dah rAmai kena baru nak cucuk?,terlambat dah. Patut bulan lepas lagi kempen. Dah ada risiko kena jangkitan baru nak cucuk,tak mau la.

Tadi pun dengar dari satu pengamal perubatan alternatif ni dua tiga kes dengar,last week jiran kanan, pesakit dia sampai kansel appointment, kemarin kata anak buah dia pula kena.

Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2023 05:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Binodino replied at 6-12-2023 03:26 AM
So no need to panic la kan?
If covid very mild, rasanya media boleh stop reporting pasal covid ni. ...

Tak boleh,kena report juga, supaya semua berjaga2. Kemarin kat LHDN , bahagian STR rela bertugas tak pakai mask seorang pun tak.

Yang gigih pakai mask ni orang LHDN.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2023 06:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Colleague laki iols.kena covid Minggu lepas..seminggu kuarantin...
Mujur tempt keje dia mmg semua kena pakai mask..Jadi yang Sama Sama kerja tu buat covid test semua negative..
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2023 07:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Krjn kn cpt la bgtau nk pkp ke X..nk bl baju sekolah anak2 senang..abis hancur dah Suar baju melayu sekolah agama anak iolss ni...duk meluncur atas simen licin.. Kang bl pkp lg nanti start sekolah x muat pulak..
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2023 07:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Wei..dah goyang dah ni.. ramai mak2 belah central sana cakap sekolah dah buat survey kemudahan apa yg ada utk pdpr..adoiii nasib baik aii tak beria lg topup baju sekolah ank.awai tahun tadi utk darjah1 ja dah beli 3set uniform.nasib baik aii cerdik sikit.. lesson learn from pdpr lepas ambik size besar.. alhamdulilah laa masih ada 1inchi lg kelonggaran baju sekolah ank..suaq sekolah 2inchi aii lipat jahit .nasib baik xpotong.. skg mmg banyak kes. Penang meriah rancak lg dgn pesta bagai ni..aii seram nk bawak ank p..ramai foreigner & outsiders
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2023 07:38 AM From the mobile phone | Show all posts
JunkMail replied at 6-12-2023 01:20 AM
Get ready uols...nak pkp balik ni

Pkp xmungkin laaa tapi pdpr tu dah ada hint dah.. + company aii dah start bg alternative utk wfh utk yg tak sihat.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2023 07:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Binodino replied at 6-12-2023 03:26 AM
So no need to panic la kan?
If covid very mild, rasanya media boleh stop reporting pasal covid ni. ...

Yup... since byk cases merata skang ni.. i kena sinus ni pun doc buat swab test covid... pastu dia citer la covid naik balik tp takde simptom apa2.. cuma rasa sakit badan and hidung hilang deria bau sehari dua... takde batuk, takde demam..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2023 07:44 AM From the mobile phone | Show all posts
orkid_amani replied at 6-12-2023 07:36 AM
Wei..dah goyang dah ni.. ramai mak2 belah central sana cakap sekolah dah buat survey kemudahan apa y ...

Lagi berapa hari dah nak cuti  skolah...
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2023 07:50 AM From the mobile phone | Show all posts
green~tea replied at 6-12-2023 07:44 AM
Lagi berapa hari dah nak cuti  skolah...

Itu yg xrisau sgt sebab last 2days ja lagi tapi kalau next year pdpr bgtau la awai2..xdak la beria sediakan uniform sekolah ank utk yg baru masuk sekolah ni. Tahun depan dua org masuk sekolah..dah beli kn uniform full set sepasang. Kalau sekolah on mcm biasa nak topup lg 2pasang..tapi on hold dulu sebab rumours ni laa..cuma risau last minit nti size xdak..ank aii size kecik
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2023 07:54 AM From the mobile phone | Show all posts
green~tea replied at 5-12-2023 11:43 PM
Yup... since byk cases merata skang ni.. i kena sinus ni pun doc buat swab test covid... pastu dia ...

My colleague mak dia baru meninggal selepas kena covid dan ditidurkan. Maybe utk org yg high risk kena hati2.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2023 07:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Adeh covid dtg kembali. Ingt da lupus dr muka bumi ni. Tokey kilang mask tersenyum sinis.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:42 PM GMT+8 , Processed in 0.095795 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list