CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6733|Reply: 8

[SEJARAH] Macam Mana Wujudnya Shah Alam?

[Copy link]
Post time 6-12-2023 10:01 AM | Show all posts |Read mode





Memandangkan Pesta Buku Antarabangsa Selangor dah bermula, elok juga kalau saya ceritakan bagaimana terbentuknya ibu negeri bagi negeri Selangor ni.

Awalnya, cadangan memindahkan ibu negeri Selangor dari Kuala Lumpur dah dibuat oleh kerajaan pusat sejak tahun 1956 lagi.

Tempat awal yang dipilih ialah Kelang. Tapi dalam tahun 1962, kerajaan negeri kemukakan cadangan jadikan Petaling Jaya sebagai ibu negeri yang baru bagi menggantikan Kelang seperti cadangan awal.

Setahun kemudian, kerajaan negeri tetapkan untuk buka sebuah bandar baru di Sungai Renggam yang terletak di tengah jalan antata Petaling Jaya dan Kelang dengan harapan untuk menjadikannya sebagai ibu negeri Selangor.

Shah Alam dahulu merupakan sebuah ladang kelapa sawit dan dikenali sebagai Sungai Renggam.

Sungai Renggam dan Batu Tiga mula berkembang bila British bina laluan keretapi dari Port Swettenham (Pelabuhan Klang) ke Bukit Kuda di Klang dan menghubungkannya dengan Kuala Lumpur pada tahun 1886.

Yep, laluan yang sama dengan laluan Komuter yang korang selalu naik tu.

Sungai Renggam dipilih ikut kepada sokongan yang dibuat oleh V. Antholic, Penasihat Perancang Bandar PBB. Kedudukannya sesuai bagi mendirikan sebuah bandar perusahaan satelit yang baru kerana terletak di antara Kuala Lumpur dan Pelabuhan Klang.

Setelah Sungai Renggam dipersetujui untuk dijadikan kawasan ibu pejabat, kerajaan berpendapat nama Sungai Renggam ni kena ubah kepada satu nama yang sesuaian dengan nama dan taraf serta keindahan ibu negeri Selangor.

Shah Alam yang dibuka pada tahun 1963 dijadikan pusat pentadbiran Selangor apabila Kuala Lumpur, ibu negeri Selangor pada ketika itu dijadikan Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 1974.



Kebanyakan jabatan-jabatan kerajaan negeri Selangor yang berpusat di Kuala Lumpur berpindah ke Shah Alam.

Maka diambilnya nama Shah Alam daripada nama Sultan Selangor yang ke-6, DYMM Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Alaeddin Suleiman Shah Atiquallah.



Maka pada 7 Disember 1978, Sultan Selangor, DYMM Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Shah merasmikan pengisytiharan bandar Shah Alam sebagai ibu negeri Selangor pada tahun 1978.

Shah Alam semakin hari semakin pesat pembangunannya membawa kepada kenaikan taraf dengan pengisytiharannya sebagai sebuah Bandar raya pada 10 Oktober 2000.

Tapi kini, Shah Alam lebih popular dengan roundabout dan lampu isyarat yang mampu menggugat iman serta kesabaran insan bernama manusia setiap hari.



Oleh: Azizul Farhan


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2024 06:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Menarik. Tetapi sekarang pembangunan bertambah pesat.
Contoh Seksyen 13,14 ... dulu aman2 nak pusing2 sekitar Shah Alam.
Skrg, ya ampun ... tk kira hari kerja atau hujung minggu.
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2024 11:22 AM | Show all posts
sonok dok sak alam ni...ramai melayu...ramai melayu yg T20 juga..jarang dapat tengok org kita kaya2 dok satu tempat..selain jam- x la teruk sangat sak alam ni.. kecuali peak hours la..

dlu ingat...sak alam ni antara tempat paling banyak roundabout..sonok layan lap..nak2 kat bulatan mesjid tu...hahahaha...brapa kali ops polis baling batu...batang kayu...jaring..eh mcm2 la...agak2 nak setting top main kat 13 ke guthrie tu...bahahahahahaaaa...
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2024 07:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Shah Alam ni ada aura ketenangan sbb centre nya masjid shah alam. Byk pokok and org2 dia tenang. Jarang dgr org hon2 kereta..drivers pun sopan ..selalu bagi jalan..there is something special about shah alam..ketenangan tu kut ..
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2024 06:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Suka Shah Alam ni
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2024 03:15 PM | Show all posts
saya suka shah alam..lama dah tak pegi sana sbb takde keperluan..dulu before covid rajin beli baju raya kat butik2 shah alam tu..seksyen bapa tak ingat..yg meols ingat banyak roundabout..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-9-2024 09:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Duduk kat shah alam, automatic expert drive kat roundabout
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2024 03:02 AM | Show all posts
Shah Alam dimonopoli oleh Sunway Group @ Tan Sri Jeffery.....seolah olah semua bangunan disini beliau sapu berrsih.

Takde Sunway tak maju Selangor...bukankah begitu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-11-2024 10:51 AM | Show all posts
shah alam takde apa

bdk2 uitm nak berjimba kena gi key elz
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 05:43 AM GMT+8 , Processed in 0.114469 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list