CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3240|Reply: 0

Belanda bangkit tebus kekecewaan

[Copy link]
Post time 8-12-2023 08:18 AM | Show all posts |Read mode
Belanda bangkit tebus kekecewaan


VAN Der Veen (tengah) mengawal bola daripada dirampas pemain Belgium pada perlawanan Kumpulan D Hoki Piala Dunia Remaja 2023 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, hari ini. FOTO BERNAMA


Kuala Lumpur: Belanda menebus kekecewaan awal apabila menang 5-3 ke atas Belgium pada perlawanan kedua Kumpulan D Hoki Piala Dunia Remaja di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, hari ini.

Keputusan itu menghidupkan peluang pasukan ranking keempat dunia itu untuk mara ke suku akhir selepas sekadar seri 3-3 ketika bertemu Pakistan pada perlawanan pertama, semalam.

Timo Boers meletakkan Belanda di depan minit ke-9, namun Belgium bangkit dengan dua gol pantas dalam tempoh dua minit menerusi pukulan sudut penalti Hugo Labouchere pada minit ke-10 dan gol padang Maximilian Langer pada minit ke-12.

Casper van der Veen menyamakan kedudukan untuk Belanda selepas menjaringkan gol padang minit ke-18.

Bersambung separuh masa kedua, Belgium memperoleh penalti stroke yang disempurnakan Hugo Labouchere minit ke-35, tetapi semangat Belanda tidak luntur apabila menjaringkan tiga gol selepas itu.

Ia dimulakan dengan pukulan sudut penalti Lucas Veen pada minit ke-40 sebelum Menno Boeren menyumbang gol keempat minit ke-53 dan Boers melengkapkan kemenangan Belanda apabila menyempurnakan penalti stroke pada minit terakhir perlawanan.

Sementara itu, Sepanyol hampir pasti layak ke suku akhir selepas melakar kemenangan kedua Kumpulan C, kali ini menumbangkan gergasi Asia, India 4-1.

Cabre Verdiell meledak dua gol untuk Sepanyol seawal minit pertama serta ke-41 manakala Rafi Andreas turut menyumbang dua gol lagi di minit ke-18 dan 60.

Gol tunggal India dijaringkan oleh Rohit minit ke-33.

India masih berpeluang untuk mara ke suku akhir apabila bertemu Kanada pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan, Sabtu ini.



Sumber:https://www.hmetro.com.my/arena/ ... it-tebus-kekecewaan

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:12 PM GMT+8 , Processed in 0.331484 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list