View: 12207|Reply: 50
|
[Tempatan]
Kes Makcik Kemboja bersambung 12 Januari, 2024 minta makamah diskaun
[Copy link]
|
|
Edited by JoyahMengayah at 4-1-2024 05:33 AM
MELAKA: Wanita berketurunan Kemboja yang juga pemilik syarikat jahitan pukal, Mariyah Holdings Sdn. Bhd., Mariyah Yaakob, 47, mendakwa perniagaannya diboikot pengguna susulan kontroversi didakwa menghina bangsa Melayu.
Perkara itu dinyatakan melalui peguamnya, Kamal Hisham Jaafar ketika membuat rayuan pengurangan jaminan dalam prosiding di hadapan Hakim Mohd. Sabri Ismail di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.
Kamal dalam hujahnya berkata, perniagaan anak guamnya itu telah terjejas teruk akibat pandemik Covid-19 dan masih belum pulih sehingga hari ini.
“Keadaan itu bagaimanapun semakin memburuk kerana wujud kempen-kempen memboikot produk keluaran syarikat tertuduh (Mariyah) akibat perkara ini sehingga menjejaskan kewangan syarikat.
“Saya percaya tertuduh telah dihukum walaupun dia belum dijatuhi hukuman bersalah oleh pihak mahkamah,” katanya.
Tambahnya, Mariyah juga merupakan seorang ibu tunggal yang rajin berusaha bagi membesarkan tiga anaknya berusia 22, 18 dan 13 tahun.
Dalam prosiding itu, Mariyah mengaku tidak bersalah atas pertuduhan membuat suatu penyataan melalui aplikasi TikTok dengan niat yang mungkin mengapikan kaum Melayu pada pertengahan November lalu dan didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
Dalam prosiding sama, anak lelakinya, Ezuan Hafsyam Mohd. Hisyam, 22, turut didakwa dan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1908 (Akta 588) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama.
Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Pengarah Pendakwaan Negeri Melaka, Ahmad Sazali Omar mencadangkan jaminan sebanyak RM60,000 bagi kedua-dua beranak itu, namun mahkamah bersetuju menetapkan jaminan RM25,000.
Kedua-dua mereka bagaimanapun dikenakan syarat tambahan menyerahkan pasport kepada mahkamah. Sebutan semula kes adalah pada 12 Januari depan. – UTUSAN
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ngaku x bersalah tp knp aritu buat bideo mintak mahap? |
|
|
|
|
|
|
|
Itulah............ lain kali dah duduk di negara orang, dpt cari rezeki, dpt buka syarikat sendiri, jaga sikit mulut. Jgn duk mengata2 mencela apa lagi yg berkaitan dgn bangsa. Kerana pulut santan binasa, kerana mulut, tabungan taruhannya. Skr, nak tidur mlm pun tak senang kan? |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni anak beranak kaki spin pastu fefeling victim. Mmg tak boleh pakai org camni |
|
|
|
|
|
|
|
bayor je la acik jgn byk bunyi org dah xsuka makin byk org korek nnti |
|
|
|
|
|
|
|
Tumpang-Sibok replied at 8-12-2023 10:22 AM
Saya ulammmm |
|
|
|
|
|
|
|
Eh tak kan la tak berduit
Kata rajin sgt aritu |
|
|
|
|
|
|
|
Nipu je tu
Kalau masih belum pulih angkara kobit, cemana boleh ada wisma mariyah holding tu & ada kereta2 mewah?
Anak mulut capui muka mintak penampor dia tu pon belajar twinning prog university obersi kan? Kalau betul sesak duit lepas kobid, takdenya dia mampu buat tu semua & jadi bongkak meninggi diri mcm hidup menongkat langit
Puiiii! |
|
|
|
|
|
|
|
Basically dia kena dakwa hanya sbb cakap bangsa melayu pemalas je ke? |
|
|
|
|
|
|
|
aina_shaira replied at 8-12-2023 01:04 PM
Basically dia kena dakwa hanya sbb cakap bangsa melayu pemalas je ke?
Aku pun nak tahu..kalau sbb tu je napa tak dakwa tun M skali |
|
|
|
|
|
|
|
well bak kata pocit agus
you have to face it |
|
|
|
|
|
|
|
Eii acik... masih teringat tone suara dan mimik muka acik masa menuturkan kata2 tersebut |
|
|
|
|
|
|
|
balik Kemboja je lah makcik |
|
|
|
|
|
|
|
Yeke makcik kena boikot dengan
bangsa yang dikatakan pemalas
Arghh malas nak masuk campur.
Baidawey, kaftan yg macik promote dkt tiktok serius buruk.
So yesterday punya design. |
|
|
|
|
|
|
|
jual la kilang dan gudang berkaitan...x pun jual anak laki yg sombong tu. |
|
|
|
|
|
|
|
mojarean_X replied at 8-12-2023 02:40 PM
Eii acik... masih teringat tone suara dan mimik muka acik masa menuturkan kata2 tersebut
Siap flip shawl lagi. |
|
|
|
|
|
|
| |
|