CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9234|Reply: 0

Alex mangsa stigma ‘keluarga Marquez’

[Copy link]
Post time 9-12-2023 12:03 PM | Show all posts |Read mode

ALEX hampir menunggang jentera Yamaha bersama pasukan SRT, namun dihalang oleh pengeluar berkenaan ekoran insiden Marquez dan Rossi di Sepang pada 2015. – AFP

LONDON – Pelumba Sepanyol, Alex Marquez mendedahkan dia hampir menyertai pasukan Yamaha pada 2021, tetapi ada tangan ‘ghaib’ yang menghalang usaha tersebut.

Dalam dokumentari DAZN, Alex menjelaskan bahawa dia mendapat tawaran untuk kekal dalam saingan Moto2 dan selepas itu menyertai pasukan Petronas SRT pada 2021 selepas Fabio Quartararo menyertai pa­sukan kilang Yamaha.

Bekas Ketua Pasukan SRT dan RNF, Datuk Razlan Razali mengesahkan perkara tersebut dengan perjanjian telah dibuat, namun telah dihalang oleh beberapa individu dari Yamaha.

“Ketika itu adalah tahun kelima saya di Moto2 dan saya nekad untuk ke MotoGP. Pada pertengahan tahun di Brno, saya mendapat tawaran untuk kekal di Moto2 dan selepas itu ke Petronas Yamaha.

“Pada saat itu saya suka ­bersama jentera Yamaha kerana sesuai ­dengan gaya tunggangan saya, tetapi akhirnya perancangan tersebut tidak menjadi kenya­taan” kata Alex.

Sementara itu, Raz­lan turut menjelaskan bahawa pihaknya telah mendapatkan Alex untuk kekal ber­saing dalam Moto2 sebelum diangkat ke MotoGP bersama SRT.

“Saya memberitahu Yamaha bahawa saya mahu menandatangani Alex untuk Moto2 dan kemudian MotoGP. Namun, Yamaha berkata ‘tidak, tiada ahli keluarga Marquez boleh berada bersama Yamaha.’

“Saya tanya kenapa? Ini pasukan saya. Ia adalah kerana Marc Marquez dan apa yang berlaku pada 2015. Ia menjadi perkara peribadi buat mereka (Yamaha),” ujar Razlan. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2023/12 ... a-keluarga-marquez/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:54 AM GMT+8 , Processed in 0.098371 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list