CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20098|Reply: 0

Mike Mahen beri bayangan bersara tahun depan

[Copy link]
Post time 10-12-2023 10:35 AM | Show all posts |Read mode

SYARUL Azman Mahen Abdullah. FOTO HASRIYAYSAH SABUDIN

Kuala Lumpur: Jaguh bina badan negara, Datuk Syarul Azman Mahen Abdullah memberi bayangan akan bersara tahun depan, selepas 26 tahun berkecimpung dalam sukan itu.

Bercakap kepada Bernama hari ini, beliau yang lebih mesra dipanggil Mike Mahen, mengakui niat untuk bersara sudah terdetik sejak tahun lalu, bagi memberi ruang kepada pelapis baharu namun menangguhkannya kerana 'dipujuk' oleh Persekutuan Bina Badan Malaysia (MBBF).

"Dalam hati ini, memang niat nak bersara kerana ikut usia, saya rasa saya atlet paling tua menang kejuaraan dunia dalam kategori terbuka, iaitu ketika berusia 50 tahun.

"Cukup semuanya saya sudah enam kali juara dunia dan Asia malah di Sukan Sea, saya sudah merasai pingat emas tetapi bila saya nyatakan hasrat kepada persatuan, mereka mohon saya kekal dan bertanding untuk tempoh dua tahun lagi sehingga 2025," katanya selepas menghadiri sesi Kopi, Sukan dan Aspirasi Bersama Atlet Negara pada Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI di Stadium Nasional Bukit Jalil.



Mike, bagaimanapun berkata beliau akan berbincang lebih lanjut dengan persatuan mengenai hasratnya itu dan sebarang keputusan akan diumumkan pada satu sidang media, berkemungkinan pada Februari atau Mac depan.

"Sebagai duta baru dilantik Persekutuan Bina Badan dan Sukan Fizikal Asia Tenggara untuk pembangunan bina badan dan kecergasan belia, sudah tentu saya juga mempunyai perancangan. Oleh itu, sebelum saya pergi ke luar negara untuk buat klinik, lebih baik saya berkhidmat dulu untuk negara sendiri," katanya.

Selepas melihat banyak bakat baharu yang berpotensi dalam sukan itu, Mike juga berhasrat mencurah bakti sebagai jurulatih kebangsaan, agar lebih ramai atlet muda dapat diketengahkan di persada dunia.

Sepanjang penglibatannya dalam sukan bina badan sejak berusia 24 tahun, Mike sudah memenangi hampir semua gelaran termasuk membolot gelaran juara dunia buat kali keenam di Kejohanan Dunia Bina Badan dan Fizik 2023 di Wonju, Korea Selatan pada awal November lalu.

Sebelum itu, beliau juga berjaya meraih gelaran juara Asia keenam di Nepal pada September dan mendapat pengiktirafan sebagai Atlet Terbaik Anugerah Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM)-100PLUS 2022 pada Ogos lalu.

Dalam perkembangan lain, atlet terjun wanita negara Cheong Jun Hoong yang mengumumkan persaraan tahun lalu berkata beliau kini lebih selesa meluangkan bersama keluarga, selepas sekian lama tidak dapat berbuat demikian berikutan komitmen tugas.

"Daripada maklum balas yang saya terima, ramai tidak menyangka sukan terjun ini bukanlah satu aktiviti mudah...saya beritahu mereka, saya banyak mengalami kecederaan, sebab itu mereka agak kasihan kepada saya," katanya.

Bekas juara dunia itu mengumumkan persaraannya secara rasmi pada Januari tahun lalu, selepas lebih dua dekad penglibatannya dalam sukan berkenaan sejak 1999.

https://www.hmetro.com.my/arena/ ... bersara-tahun-depan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 11:57 PM GMT+8 , Processed in 0.071841 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list