CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6395|Reply: 0

[Terengganu] Ombak tengkujuh ‘telan’ kampung

[Copy link]
Post time 11-12-2023 10:43 AM | Show all posts |Read mode

Beberapa penduduk melihat kesan hakisan pantai yang semakin memburuk di Kampung Pengkalan Maras, Batu Rakit, Kuala Nerus semalam.

KUALA NERUS – Tidur penduduk Kampung Pengkalan Maras, Batu Rakit di sini tidak lagi lena kerana bimbang kawasan kediaman yang diduduki sejak sekian lama itu bakal le­nyap akibat hakisan pantai yang telah meranapkan banyak rumah dan bangsal.

Dalam kejadian terbaharu minggu lalu, beberapa bangsal kayu yang digunakan nelayan tempatan untuk menjemur ikan kering ranap dipukul ombak besar setinggi dua meter.

Seorang penduduk, Jantan Abdullah, 64, berkata, masalah hakisan pantai telah membelenggu penduduk setiap kali ketibaan Monsun Timur Laut sejak hampir 10 tahun lalu.

Dia berkata, hakisan pantai tersebut berlaku sejauh kira-kira dua kilometer dari Pantai Pengkalan Maras sehingga Pantai Batu Rakit di sini.

“Sudah banyak rumah penduduk, inap desa dan premis perniagaan kami terjejas ekoran hakisan pantai pada musim tengkujuh.

“Sewaktu saya membuka kedai makan pada tahun 1985, jaraknya dari gigi pantai lebih 50 meter kini tinggal kurang lima meter sahaja,” katanya ketika ditemui Kosmo! di Kampung Pengkalan Maras di sini semalam.

Jantan berkata, tidak mustahil kedai makannya juga akan dibadai ombak jika dibiarkan berte­rusan.

Tambahnya, ia membuatkan dia gelisah tidak tidur malam kerana risaukan hakisan pantai itu akan melarat sehingga ke kedai makannya.

Bagi Azwari Zulkifli, 38, dia risau hakisan pantai tersebut menjejaskan surau berhampiran.

“Surau yang memuatkan 50 jemaah baru sahaja dibina hasil infaq jemaah dua tahun lalu.

“Kami risau surau ini juga bakal lenyap sekiranya tiada ­usaha untuk mengurangkan impak hakisan pantai,” katanya.

Akbar Abd. Rashid, 50, pula berkata, kebimbangan penduduk itu berasas kerana MTL tahun ini masih panjang lagi dan berlarutan sehingga bulan Mac tahun depan.

“Setakat ini hanya bongkah batu diletakkan sebagai penghalang ombak, namun ia sekadar penyelesaian jangka pendek dan tidak mampu menangkis badai ganas yang menghempas pantai hampir setiap hari,” katanya.https://www.kosmo.com.my/2023/12 ... ujuh-telan-kampung/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
“Dah ‘haus’, mak takut bedah lutut sebab mulut orang” - Nubhan
Raline“Dah ‘haus’, mak takut bedah lutut se
Views : 26359 Replies : 4
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan Diri Dari Bayar Cukai LHDN Ke Los Angeles CA
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan
Views : 71810 Replies : 2874
Vivy, suami mengaku tidak salah pertuduhan salah guna dana PNB, Khazanah
RalineVivy, suami mengaku tidak salah pertuduh
Views : 29673 Replies : 40
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 140358 Replies : 4529
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 178286 Replies : 7756
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 134413 Replies : 1422
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 32555 Replies : 515
Bahana godaan kad kredit, gaya hidup mewah
maklukpenggodaBahana godaan kad kredit, gaya hidup mew
Views : 15424 Replies : 49
Farid Kamil Tetap Pendirian Enggan Ceraikan Diana, Lantik Peguam Sebagai JKP - “Saya harapkan doa yang terbaik untuk masa depan"
RalineFarid Kamil Tetap Pendirian Enggan Cerai
Views : 12418 Replies : 25
“Dalam Realiti, Saya Gagal Menjadi Suami…” – Nazim Othman Enggan Berkahwin Lagi
Raline“Dalam Realiti, Saya Gagal Menjadi Suam
Views : 12685 Replies : 42

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 05:20 PM GMT+8 , Processed in 0.356329 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list