CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9593|Reply: 0

MotoGP: Yamaha hadapi ancaman Quartararo

[Copy link]
Post time 13-12-2023 07:20 AM | Show all posts |Read mode
MotoGP: Yamaha hadapi ancaman Quartararo


QUARTARARO desak Yamaha untuk mengembalikan prestasi sebenar jentera atau dia bakal meninggalkan pasukan itu sebaik kontraknya berakhir hujung musim depan. - AFP


LONDON – Yamaha dilihat dalam bahaya selepas pelumbanya, Fabio Quartararo telah memberikan amaran agar pasukannya itu lebih serius memandangkan tahun 2023 adalah prestasi terburuknya apabila sekadar di kedudukan ke-10 keseluruhan.

Tahun 2025 menyaksikan bakal berlakunya banyak perubahan besar terutama ketika sebahagian besar kontrak pelumba akan berakhir pada tahun depan.

Pelumba kelahiran Perancis tersebut memulakan debut bersama Petronas SRT pada 2019 dan berjaya meraih gelaran dunia bersama pasukan Monster Energy Yamaha MotoGP pada musim 2021.

Selepas itu, Quartararo mengakui dia sukar untuk mendapatkan rentak terbaiknya dan sekadar menamatkan perlumbaan 2022 sebagai naib juara dan tempat ke-10 pada musim 2023 dengan hanya meraih tiga podium.

“Tentu saja sebagai seorang pelumba, Yamaha telah memberi saya peluang untuk berada di pentas MotoGP. Saya memberi mereka gelaran juara dan hubungan kami sangat baik.

“Sebagai seorang pelumba, saya mahu membuat kejutan untuk meraih kembali kemenangan bersama Yamaha. Kami pernah berada di puncak hingga jatuh di posisi terendah, jadi saya mahu kembali ke puncak.

“Tetapi masalahnya, kami hanya mempunyai waktu yang sangat-sangat singkat untuk melakukannya terutama bagi saya sendiri untuk meyakinkan diri bahawa ini adalah projek kemenangan.

“Jika saya rasa tidak memiliki projek kemenangan dan saya harus pergi, tentu saja saya harus mengambil langkah itu,” kata Quartararo. – AGENSI

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/12 ... ancaman-quartararo/

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:59 PM GMT+8 , Processed in 0.054899 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list