CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9678|Reply: 0

Rexy percaya kemampuan anak buah

[Copy link]
Post time 13-12-2023 07:22 AM | Show all posts |Read mode
Rexy percaya kemampuan anak buah


Aaron-Wooi Yik menggalas misi untuk ke separuh akhir pada Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir di Hangzhou, China selepas tiga kali terkandas di peringkat kumpulan sebelum ini. - AFP


KUALA LUMPUR – Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky menaruh sepenuh kepercayaan terhadap anak-anak buahnya meskipun diundi dalam kumpulan ‘maut’ pada Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir di Hangzhou, China yang bermula esok.

Dua wakil negara, iaitu beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei masing-masing berdepan laluan sukar untuk ke separuh akhir apabila perlu berdepan jaguh-jaguh dunia.

Bagaimanapun, keadaan itu langsung tidak menghalang Rexy daripada melaungkan keyakinan untuk pemain-pemain negara melangkah jauh sekiranya mampu memberikan sepenuh perhatian selain mengurangkan kesilapan-kesilapan mudah.

“Mereka diundi bersama lawan yang cukup kuat dan mempunyai rekod baik, namun semua itu hanyalah berdasarkan atas kertas sahaja kerana pemain-pemain negara ada kemampuan melakar kejutan.

“Pada edisi kali ini, saya tidak meletakkan sebarang sasaran tetapi hanya mengharapkan aksi terbaik daripada mereka bagi menghadiahkan kejayaan buat Malaysia,” kata pengendali dari Indonesia itu.

Pada sesi undian yang berlangsung semalam, Aaron-Wooi Yik diundi dalam Kumpulan A bersama dua beregu China, Liang Wei Keng-Wang Chang dan Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi serta jaguh Jepun, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi.

Untuk rekod, ini adalah penampilan keempat Aaron-Wooi Yik pada kejohanan yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan AS$2.5 juta (RM11.70 juta) itu selepas tiga penyertaan pada 2019, 2020 dan 2022 menyaksikan mereka terkandas di peringkat kumpulan.

Sementara itu, jurulatih beregu campuran negara, Nova Widianto percaya kekuatan semua pasukan hampir sama memandangkan hanya lapan beregu terbaik sepanjang saingan musim ini layak ke kejohanan penutup tirai 2023 itu.

“Bagi saya, undian sama sahaja buat Tang Jie-Ee Wei kerana semua beregu sama kuat. Memang tidak mudah tetapi saya harap mereka berpeluang untuk layak ke separuh akhir selepas melakukan persiapan selama dua minggu,” ujarnya.

Tang Jie-Ee Wei diundi dalam Kumpulan A bersama beregu China, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping, Yuta Watanabe-Arisa Higashino (Jepun) serta Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai (Thailand). – KOSMO! ONLINE

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/12 ... emampuan-anak-buah/

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:51 PM GMT+8 , Processed in 0.819970 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list