CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2381|Reply: 0

Malaysia idam tambah derita Belgium

[Copy link]
Post time 13-12-2023 11:42 AM | Show all posts |Read mode

YOUNG TIGERS perlu menajamkan lagi jentera serangan selain memanfaatkan setiap pukulan sudut penalti yang diperoleh menjelang aksi menentang Belgium.

SKUAD hoki remaja lelaki kebangsaan menggalas misi penting menjelang pertemuan dengan Belgium di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil hari ini bagi memburu kedudukan terbaik pada Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja Lelaki 2023.

Young Tigers wajib mencatat kemenangan ke atas pasukan Eropah itu bagi mengesahkan tempat ke aksi penentuan tempat kesembilan dan ke-10 yang dijadualkan berlangsung 15 Disember nanti.

Ketua jurulatih skuad hoki remaja negara, Muhamad Amin Rahim berharap dapat menambah derita Belgium selepas pasukan lawan itu gagal mencapai sasaran mereka untuk melangkah ke pusingan suku akhir.

Beliau berharap pemain-pemainnya dapat menjadikan kekecewaan dialami Belgium sebagai kelebihan untuk mereka menghadiahkan satu lagi mimpi ngeri buat skuad kendalian Jeroen Baart itu.

“Semasa Belgium tewas kepada Pakistan dalam peringkat kumpulan dan gagal ke suku akhir, mereka sangat kecewa. Mungkin kita akan gunakan ia sebagai kelebihan untuk kita bermain lebih baik berbanding mereka.

“Bagaimanapun, sekarang saya lebih risaukan pasukan sendiri selepas perlawanan dengan Mesir sebelum ini. Saya harap kita boleh teruskan misi untuk tamatkan saingan di kedudukan kesembilan,” katanya.

Tambah Amin, sekiranya pemain-pemain Young Tigers mampu memberikan saingan kepada Belgium dari segi fizikal, tidak mustahil Malaysia mampu mencatat kemenangan kerana beliau menganggap anak-anak buahnya memiliki kemampuan teknikal yang lebih baik.

“Kita tidak pernah lawan Belgium sebelum ini, jadi ini adalah pertemuan pertama untuk kedua-dua pasukan. Kita jangka permainan mereka sama seperti pasukan-pasukan Eropah lain, jadi perlu bersedia dari segi fizikal,” ujarnya.
https://www.kosmo.com.my/2023/12 ... bah-derita-belgium/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:23 PM GMT+8 , Processed in 0.057066 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list