CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30920|Reply: 0

[Perak] FELCRA tak berkompromi isu rasuah

[Copy link]
Post time 13-12-2023 05:48 PM | Show all posts |Read mode

Pengarah SPRM Perak, Ahmad Sabri Mohamed (lima, kanan) bersalaman denganpeserta Program Pemantapan Integriti dan Pencegahan Rasuah FELCRA Berhad Wilayah Perak di Kolej FELCRA, Seberang Perak hari ini. Turut hadir Pengurus Besar FELCRA Berhad Wilayah Perak, Yusoff Razali (kiri). - Foto BERNAMA

PASIR SALAK: FELCRA Berhad Wilayah Perak tidak akan berkompromi dan memandang remeh setiap isu membabitkan integriti dalam kalangan petugas agensi itu, kata Pengurus Besarnya, Yusoff Razali.

Beliau berkata institusi itu akan sentiasa melakukan perubahan dan penambahbaikan bagi memastikan tiada warga kerjanya yang terjebak dengan penyelewengan atau salah guna kuasa.

Katanya, budaya integriti harus diamalkan pada setiap peringkat agar tadbir urus selari dengan kehendak peraturan, pekeliling, arahan dalaman dan akta yang berkuat kuasa.

"FELCRA Berhad merupakan sebuah organisasi korporat dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan dan terlibat dalam aktiviti sektor pembangunan hartanah, perladangan, pembajaan dan lain-lain pembangunan yang kita peroleh peruntukan daripada kementerian.



"Kami komited menjalankan kerja yang diamanahkan, bebas daripada sebarang bentuk rasuah termasuk ketirisan dana awam atau perolehan serta pemberian kerja-kerja kepada kontraktor.

"Jadi, tidak kira pegawai atasan mahupun bawahan perlu memahami maksud integriti ini," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Program Pemantapan Integriti dan Pencegahan Rasuah FELCRA Berhad Wilayah Perak di Kolej FELCRA, yang turut dihadiri Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perak, Ahmad Sabri Mohamed.

Sebanyak 60 peserta termasuk 27 pengurus kawasan di seluruh Perak dan 20 pegawai pengurusan tertinggi di pejabat wilayah terlibat dalam program itu.

Antara pengisian program ialah sesi penerangan dan dialog mengenai kesalahan rasuah di bawah Akta SPRM 2009 dan Liabiliti Korporat Seksyen 17A Akta SPRM 2009 (Pindaan 2018) serta taklimat ringkas mengenai pengendalian proses siasatan.

Sementara itu, Ahmad Sabri berkata SPRM akan terus bekerjasama dengan mana-mana pihak sama ada sektor awam, syarikat berkaitan kerajaan mahupun swasta agar tiada ruang dan peluang kepada amalan rasuah.

"Kita semua sedia maklum bahawa kerajaan hari ini mahu memastikan sasaran Indeks Persepsi Rasuah (CPI) pada tangga 25 teratas dunia boleh dicapai dalam tempoh 10 tahun akan datang.

"Jadi fokus membenteras amalan rasuah termasuk di Perak ini melibatkan semua lapisan masyarakat," katanya sambil menambah suruhanjaya itu akan terus melipatgandakan usaha bagi membawa mereka yang terlibat rasuah dan salah guna kuasa ke muka pengadilan untuk tindakan sewajarnya.

https://www.bharian.com.my/berit ... kompromi-isu-rasuah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 04:41 AM GMT+8 , Processed in 1.589888 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list