View: 21431|Reply: 8
|
[Dunia]
Kanada, Australia & New Zealand sokong genjatan senjata, Israel hilang sokongan di PBB
[Copy link]
|
|
Edited by JoyahMengayah at 14-12-2023 05:05 AM
OTTAWA — Kanada telah mengundi di PBB untuk gencatan senjata dalam perang antara Israel dan Hamas.
Lewat petang Selasa, Menteri Luar Negeri Melanie Joly mengumumkan Kanada akan menyokong resolusi gencatan senjata 'non-binding' pada perhimpunan agung PBB.
Dia berkata walaupun Israel mempunyai hak mutlak untuk mempertahankan negaranya dan Hamas dipersalahkan atas keganasan, tetapi berkata jumlah kematian yang semakin meningkat hanya memburukkan lagi keadaan.
Sejak 7 Oktober, lebih 18,000 orang awam Palestin telah terbunuh di Gaza, beribu-ribu kanak-kanak kini menjadi yatim piatu.
Ramai orang awam Palestin di Gaza menderita tanpa air, makanan, bahan bakar atau ubat-ubatan dan rumah mereka telah menjadi runtuhan.
Kita harus sedar bahawa apa yang berlaku di hadapan mata kita hanya akan meningkatkan lagi kitaran keganasan,” katanya.
Resolusi gencatan senjata itu diluluskan dengan hanya sembilan negara yang menentangnya; 153 menyokong usul itu dan 23 berkecuali.
Sebelum undian PBB, Perdana Menteri Justin Trudeau mengeluarkan kenyataan bersama dengan perdana menteri Australia dan New Zealand menggesa "gencatan senjata sepenuhnya" dalam perang antara Israel dan Hamas.
Ketiga-tiga kerajaan itu juga mahu "pembebasan serta-merta dan tanpa syarat" tebusan Israel yang Hamas miliki dalam tawanan dan agar Hamas "meletakkan senjatanya."
Israel telah menegaskan perang itu perlu selagi Hamas kekal berkuasa di Gaza, dan sementara ia menahan kira-kira lebih 100 orang awam Israel sebagai tebusan.
https://nationalpost.com/news/politics/canada-australia-new-zealand-issue-joint-call-for-sustainable-ceasefire-in-gaza
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by brego at 14-12-2023 07:17 AM
even 200 negara sokong gencatan senjata sekali pun
sekali US guna kuasa veto, dia yg menang
bodoh punya sistem, UN wayang lebih
demokrasi konon, jebo
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by nafizzz at 14-12-2023 12:08 PM
setuju sangat apa u ckp
|
|
|
|
|
|
|
|
Lambat nya ko decide.. dah 2 bulan gaza kena bom |
|
|
|
|
|
|
|
brego replied at 14-12-2023 07:16 AM
even 200 negara sokong gencatan senjata sekali pun
sekali US guna kuasa veto, dia yg menang :laugh3 ...
Betul sangat
|
|
|
|
|
|
|
|
sistem yg xguna
kalau iols US / israel
iols gelakkan ajerrr
|
|
|
|
|
|
|
|
Ketiga-tiga kerajaan itu juga mahu "pembebasan serta-merta dan tanpa syarat" tebusan Israel yang Hamas miliki dalam tawanan dan agar Hamas "meletakkan senjatanya."
Read the condition. Persoalannya, nak ka Hamas ikut?
|
|
|
|
|
|
|
|
Yang itu Security Council. This one is not. btw this resolution is non-binding.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|