CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6212|Reply: 0

Perancis bakal berentap dengan Jerman di final

[Copy link]
Post time 15-12-2023 07:56 AM | Show all posts |Read mode
Perancis bakal berentap dengan Jerman di final


PEMAIN Perancis bersorak kegembiraan selepas menewaskan Sepanyol 3-1 di separuh akhir, malam ini, untuk mara ke final Hoki Piala Dunia Remaja. FOTO GENES GULITAH

Kuala Lumpur: Perancis kembali ke pentas final Hoki Piala Dunia Remaja selepas 10 tahun apabila menewaskan Sepanyol, 3-1 pada aksi separuh akhir di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, malam ini.

Pasukan ranking ketujuh dunia itu berpeluang untuk menjulang trofi Piala Dunia Remaja buat kali pertama apabila bertemu juara dunia enam kali, Jerman pada aksi final, Sabtu ini.

Mereka turut berpeluang menebus kekecewaan 10 tahun lalu di New Delhi, India selepas dikecewakan Jerman pada aksi final ketika itu.

Terdahulu Jerman mara ke pentas final selepas menewaskan juara edisi 2016 yang juga gergasi Asia, India 4-1 pada satu lagi aksi separuh akhir.

Perancis yang meraih penamat ketiga pada edisi dua tahun lalu di Bhubaneswar, dilihat garang di awal permainan apabila di depan seawal minit kedua menerusi pukulan sudut penalti Brieuc Delemazure.

Bagaimanapun Sepanyol kekal tenang dan kesabaran mereka akhirnya membuahkan hasil apabila dihadiahkan pukulan sudut penalti minit ke-15 yang disempurnakan Aleix Bozal ke penjuru kiri gawang gol lawan.

Sama seperti skrip separuh masa pertama, Perancis sekali lagi cemerlang di awal babak kedua apabila memperoleh gol kedua menerusi tolakan padu Stanislas Branicki di minit ke-33.

Perancis di bawah bimbingan Matthias Dierckens mengukuhkan kedudukan pada minit ke-42 selepas Louis Haertelmeyer menolak masuk bola ke penjuru kanan gawang gol lawan.

Sepanyol yang semakin terdesak, menggandakan asakan dan memperolehi beberapa peluang terbaik untuk merapatkan jurang, namun tidak berhasil mendapatkan gol.

PEMAIN Perancis bersorak kegembiraan selepas menewaskan Sepanyol 3-1 di separuh akhir, malam ini, untuk mara ke final Hoki Piala Dunia Remaja. FOTO FIH

Sumber:https://www.hmetro.com.my/arena/ ... gan-jerman-di-final

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:09 PM GMT+8 , Processed in 0.054227 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list