CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6429|Reply: 0

TFC bakal kurangkan pemain import untuk berjimat

[Copy link]
Post time 15-12-2023 07:57 AM | Show all posts |Read mode
TFC bakal kurangkan pemain import untuk berjimat


ANTARA barisan pemain import TFC pada musim ini. FOTO GHAZALI KORI

Kuala Terengganu: Sebagai langkah penjimatan, Terengganu Football Club (TFC) Sdn Bhd membayangkan akan menyenaraikan hanya lima pemain import pada musim depan.

Perkara itu dimaklumkan Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT), Hishamuddin Abdul Karim yang mengakui faktor kewangan menyebabkan kelab perlu berjimat.

Bagaimanapun, beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan negeri berkata, keputusan muktamad belum diputuskan lagi memandangkan saingan Liga Malaysia (Liga M) masih berlangsung.

"Berbanding musim ini dengan sembilan pemain import, sebagai langkah penjimatan pada musim depan kita jangka akan menyenaraikan hanya lima pemain import sahaja.

"Bagaimanapun keputusan muktamad akan dibuat selepas perbincangan bersama jurulatih dan barisan pengurusan selesai," katanya ketika ditemui pada Program Exclusive Meet and Greet With World Championship FIM Mini GP di Litar Permotoran Terengganu, Gong Badak, petang semalam, yang turut dihadiri Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Beliau berkata, tiada rombakan besar dalam pasukan pada musim depan selepas prestasi membanggakan diperagakan TFC pada musim ini sehingga layak ke pentas final Piala Malaysia sebelum tumpas 1-3 kepada Johor Darul Ta'zim (JDT), Jumaat lalu.

"Kita membuat pengumuman awal berkaitan pelantikan ketua jurulatih TFC, Tomislav Steinbruckner yang akan terus membimbing skuad TFC pada musim depan bagi memastikan segala perancangan berjalan lancar.

"Lagipun TFC sudah mempunyai asas kukuh dan berada pada landasan terbaik untuk meneruskan kecemerlangan, kita harapkan prestasi dan pencapaian pasukan lebih baik pada musim depan," katanya.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/arena/ ... port-untuk-berjimat

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:06 PM GMT+8 , Processed in 0.297993 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list