CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7983|Reply: 0

‘Saya Fight Nak Naikkan Nama Malaysia’ – Johan Ghazali Bangga Wakili Negara Berbanding Negeri

[Copy link]
Post time 15-12-2023 08:22 AM | Show all posts |Read mode
‘Saya Fight Nak Naikkan Nama Malaysia’ – Johan Ghazali Bangga Wakili Negara Berbanding Negeri


Nama Johan ‘Jojo’ Ghazali semakin popular dan menjadi buah mulut orang ramai apabila beliau berjaya mencipta beberapa siri kemenangan dalam menumpaskan lawan beliau di dalam gelanggang ONE Championship.

Oleh kerana itu timbul perdebatan warganet mengenai negeri kelahirannya. Ramai mendakwa beliau berasal dari Kuala Lumpur, ada juga claim beliau anak kelahiran Perak.



Menurutnya orang ramai tidak perlu rungsing daripada mana beliau berasal. Ini kerana beliau bertarung membawa nama Malaysia ke persada dunia, bukanlah nama mana-mana negeri yang ada di dalam negara.

“Kalau anda nak tahu saya berasal dari mana, datuk saya berasal dari Lenggong, Perak. Bapa saya pula membesar di Kuala Lumpur. Sebenarnya saya orang Malaysia.

“Tapi yang paling penting, anda tidak perlu kisah saya berasal dari negeri mana, yang penting saya orang Malaysia. Saya bangga jadi orang Malaysia.

“Saya ada pasport Malaysia. Kalau saya pergi fight mana-mana, saya bawa bendera Malaysia,” jelas Johan.

Menurutnya, beliau memang meletakkan sasaran untuk menaikkan nama Malaysia, bukan naikkan nama satu-satu negeri yang ada dalam negara ini.

Beliau juga menyeru orang ramai patut bersatu padu dan tidak perlu lagi rungsing dari mana negeri asal beliau.

Johan Ghazali juga merupakan  pelajar Tingkatan Lima, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St Thomas, Kuching.

Sejurus kejayaannya menewaskan juara MuayThai Antarabangsa WBC dari Mexico, Edgar Tabares sepantas 36 saat pada Sabtu minggu lalu, Johan menjelaskan beliau akan memberi fokus sepenuhnya kepada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang akan didudukinya tidak lama lagi.

Sumber:https://thevocket.com/saya-fight ... a-berbanding-negeri

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 09:09 PM GMT+8 , Processed in 0.333048 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list