CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6525|Reply: 1

Ramai Tak Sedar Paras Kolesterol Tinggi, Doktor Dedah Bahaya Menanti

  [Copy link]
Post time 15-12-2023 10:20 AM | Show all posts |Read mode



Ramai Tak Sedar Paras Kolesterol Tinggi, Doktor Dedah Bahaya Menanti

Orang ramai biasanya mengaitkan kolesterol dengan obesiti dan berpendapat mereka yang bertubuh lebih berisi atau gempal mempunyai paras kolestrol yang lebih tinggi.

Hakikatnya, tahap kolesterol pada seseorang individu tidak boleh ditentukan dengan hanya melihat pada paras luaran mahupun usia.

Berdasarkan perkongsian daripada Dr. Iskandar Mirza (@DIskandarmirza), empat dari sepuluh rakyat Malaysia mengalami masalah tinggi kolesterol.

Lagi dahsyat, satu per empat daripada rakyat Malaysia tidak tahu mereka mempunyai paras kolesterol yang tinggi dalam darah.

Bahaya menanti jika paras kolesterol tinggi



Sebelum kita mengupas lebih lanjut, jom kita fahami istilah LDL terlebih dahulu.

Lipoprotein Ketumpatan Rendah (LDL) merupakan kolesterol tidak baik dan membentuk sebahagian besar kolesterol dalam badan anda.

Menurut Hello Doktor, LDL diketahui sebagai kolesterol jahat yang terkumpul di dinding arteri, menyebabkan arteri anda menjadi keras dan sempit.

Secara ringkasnya, semakin tinggi kandungan LDL dalam badan, semakin tinggi tahap pemendapan plak-plak bahan berlemak pada dinding arteri.

Berapakah tahap keseriusan penyakit  jantung dan strok di Malaysia?

Berbalik kepada kupasan kita, ujar Dr. Iskandar, penyakit jantung merupakan punca utama kematian di Malaysia iaitu merangkumi kira-kira 17 peratus.

Hal ini diikuti dengan penyakit lain iaitu jangkitan kuman pada paru-paru yang membawa kepada 11.4 peratus dan strok yang menyumbang sebanyak 8.3 peratus.



Untuk mengurangkan risiko serangan jantung dan strok, paras LDL harus dikurangkan kepada paras yang  lebih rendah. Kajian menunjukkan, dengan hanya penurunan 1 mmol/L LDL, risiko penyakit kardiovaskular berkurangan sebanyak 22 peratus.

Jadi, berapakah paras LDL yang sesuai dan selamat untuk tubuh badan?



Untuk mengetahui berapakah paras LDL yang bersesuaian dengan tubuh badan anda, anda perlu berjumpa dengan doktor. Hal ini kerana, paras LDL yang selamat bergantung kepada profil risiko pesakit masing-masing.

Oleh itu, bagaimanakah cara untuk mengurangkan paras kolesterol dalam badan anda? Dr. Iskandar berkata bahawa paras LDL boleh dikawal dengan mengamalkan  pemakanan sihat, sentiasa aktif bersenam dan mematuhi arahan pengambilan ubat.

Manakala, merokok pula dapat meningkatkan risiko peningkatan paras LDL dalam badan manusia.

Secara umumnya, risiko untuk wanita mendapat penyakit jantung adalah 10 tahun lebih lambat dari lelaki. Sungguhpun begitu, wanita mempunyai profil risiko lagi tinggi dan prognosis lebih teruk jika mendapat serangan jantung berbanding lelaki.

Masalah psikologi telah memainkan peranan penting bagi meningkatkan risiko wanita mendapat serangan jantung. Ha ini demikian kerana, masalah seperti stress kronik, keresahan, dan kemurungan boleh meningkatkan risiko tersebut.



Sumber: @DIskandarmirza via X

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2023 06:48 AM | Show all posts
ya, LDL ini is a bad cholesterol.
HDL pula adalah cholesterol yg boleh protect heart kita
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:00 PM GMT+8 , Processed in 0.120847 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list