CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5062|Reply: 0

Pasukan Sauber kini dikenali 'Stake F1 Team Kick Sauber'

[Copy link]
Post time 16-12-2023 12:14 PM | Show all posts |Read mode

PASUKAN Sauber tidak lagi bekerjasama dengan Alfa Romeo. FOTO Agensi

Paris: Penarikan diri penaja utama, Alfa Romeo bermakna pasukan Formula Satu (F1) Sauber akan dijenamakan semula sebagai 'Stake F1 Team Kick Sauber' pada 2024, menurut senarai rasmi yang dikeluarkan oleh Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA).

Penjenamaan semula dilakukan berikutan pengumuman bulan lepas bahawa Alfa Romeo, perintis awal F1 yang kembali ke sukan itu pada 2018, sekali lagi menarik diri.

Nama tepat untuk 2024 masih belum diputuskan oleh pasukan Switzerland itu namun nama dua penajanya sudah tertera di jentera berkenaan sehingga dua musim akan datang.

Stake ialah kasino dalam talian dan tapak pertaruhan sukan Australia manakala Kick ialah perkhidmatan penstriman video yang dimiliki oleh pengasas Stake dan mempunyai 22 juta pengguna berdaftar sejak dilancarkan tahun lalu.


"Sauber sentiasa menitikberatkan inovasi, melakukan sesuatu yang berbeza dan menentang konvensyen," kata Wakil Pasukan Sauber Motorsport, Alessandro Alunni Bravi.

"Kerjasama dengan Kick.com adalah paparan falsafah terkini dan paling berani yang mendorong kami."

Zhou Guanyu dan Valtteri Bottas akan kekal sebagai dua pemandu pasukan itu tahun depan dan kereta mereka akan terus dijana oleh Ferrari sehingga ketibaan Audi pada 2026.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... f1-team-kick-sauber
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:03 PM GMT+8 , Processed in 0.052966 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list