CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5188|Reply: 0

Woods lebih berminat berjalan

[Copy link]
Post time 16-12-2023 12:15 PM | Show all posts |Read mode

Tiger Woods

Miami: Pemain golf terkemuka Tiger Woods menolak untuk menggunakan kereta golf dan lebih suka berjalan pada perlawanan pro-am di kejohanan PNC dalam usaha mengekalkan kesihatan untuk musim 2024.

Woods yang juga pemenang 15 gelaran utama bersama anak lelaki berusia 14 tahun Charlie akan bermain dalam Kejohanan PNC 36 lubang pada hujung minggu ini di Ritz-Carlton Golf Club di Orlando, Florida.

Beliau yang berusia 48 tahun sebelum ini mengalami kesukaran berjalan sejak berlakunya kemalangan kereta pada 2021 menyebabkan kecederaan kaki yang teruk.

Sehingga menamatkan perlawanan Cabaran Dunia Hero dua minggu lalu dengan kedudukan ke-18 membabitkan 20 pemain, Woods tidak bermain selepas menjalani pembedahan buku lali pada April lalu.


"Saya rasa saya cukup segar untuk melakukannya (berjalan) dan selain itu, berjalan selalu lebih baik untuk belakang saya.

"Saya hanya mahu tetap sihat dan teruskan berjalan. Kami begitu seronok melakukannya."

Ini akan menjadi kali keempat Woods mencuba untuk meraih gelaran menentang bintang Jelajah PGA dan ahli keluarga mereka.

"Ini amat menyeronokkan bagi kami untuk kembali ke sini, bermain dan bersaing serta menikmati suasana ini.

"Saya dapatkan mengasah kembali skil di pertandingan ini dan tangan saya sekarang ini lebih baik dalam mengawal pukulan," kata Woods. - AFP
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... h-berminat-berjalan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:40 AM GMT+8 , Processed in 0.048447 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list