CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12428|Reply: 0

Jerman harapkan tuah di bumi Malaysia

[Copy link]
Post time 16-12-2023 02:22 PM | Show all posts |Read mode

JERMAN meraikan kejayaan mara ke final selepas menewaskan India 4-1 pada aksi separuh akhir kelmarin. – MUHAMAD IQBAL ROSLI

GERGASI Eropah, Jerman berpeluang mencipta sejarah de­ngan menjulang trofi Piala Dunia Hoki Remaja buat kali ketujuh jika menumbangkan Perancis pada final di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil malam ini.

Menariknya, Malaysia dianggap sebagai ‘bumi bertuah’ buat Jerman yang pernah merangkul tiga kejuaraan sewaktu edisi Kuala Lumpur 1982, Ipoh 1989 dan Johor Bahru 2009.

“Apabila kami menjejak kaki ke bumi Malaysia, ia pantas mengembalikan saat bersejarah. Kami mahu mengekalkan rekod bersih dan ini mendorong pemain untuk turun menang buat kali keempat.

“Tak mudah berdepan Pe­rancis yang belum kalah dalam kejohanan ini. Ini final dan kami sedia menghadapi segala kemungkinan nanti,” kata jurulatih Jerman, Rein Van Eijk.

Pe­rancis juga me­ng­intai peluang men­dakap gelaran pertama mereka de­ngan penca­paian terbaik muncul naib juara edisi 2013 di New Delhi, India.

Tuan rumah Sukan Olimpik Paris 2024 itu pernah menewaskan Jerman 2-0 ketika kedua-duanya bertemu dalam saingan Kumpulan B.

Bagaimanapun, pengendali Perancis, Matthias Dierckens lebih menganggap anak-anak buahnya sebagai underdog jika dibandingkan reputasi hebat Jerman menjelang final nanti.

“Tidak, kami bukan pilihan. Jerman adalah pilihan final. Keputusan peringkat kumpulan bukan ukuran. Jerman jika tidak gembira adalah satu petanda bahaya untuk kami dalam perlawanan akhir nanti.

“Kami tiada peluang pendedahan di pentas antarabangsa seperti mereka. Ini membuatkan mereka sebagai pilihan untuk menang. Tetapi saya perlu berkata pada hari terbaik, Pe­rancis boleh menewaskan mana-mana pasukan,” katanya.

India akan membuat perhitungan dengan Sepanyol dalam penentuan tempat ketiga dan keempat petang ini.
https://www.kosmo.com.my/2023/12 ... h-di-bumi-malaysia/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:36 PM GMT+8 , Processed in 0.056733 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list