CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13782|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Masjid, surau disaran titik berat SOP Covid-19 – Mohd. Na’im

[Copy link]
Post time 16-12-2023 04:45 PM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Pihak pengurusan masjid dan surau di negara ini diseru agar menitikberatkan semula prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang penularan jangkitan Covid-19.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, jemaah masjid dan surau dinasihatkan agar mengamalkan langkah-langkah pencegahan penularan dengan memakai pelitup muka khususnya bagi mereka yang bergejala, berisiko tinggi seperti warga emas, individu sakit kronik dan ibu mengandung.

“Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ingin menasihatkan seluruh lapisan masyarakat untuk mengambil langkah berhati-hati dalam menjaga kesihatan diri dan ahli keluarga masing-masing agar terhindar dari wabak penyakit tersebut.

“Langkah berwaspada ini adalah selaras dengan saranan Islam agar perkara yang boleh membawa kemudaratan hendaklah dielakkan (sad al-zaraie),” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Jelasnya, pihaknya melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) juga akan bekerjasama dengan Majlis Agama Islam Negeri (Main) dan Jabatan Agama Islam Negeri (Jain) untuk mengambil langkah proaktif dalam ruang lingkup hal ehwal agama bagi menghadapi wabak tersebut.

“Langkah ini umpamanya bagi memastikan tempat perkumpulan ramai umat Islam seperti di masjid dan surau yang menjadi tempat mudahnya jangkitan wabak dapat diambil tindakan-tindakan pencegahan awal,” ujarnya.

Semalam media melaporkan, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) diarah memantau situasi Covid-19 yang dilihat menunjukkan trend peningkatan.

Anwar berkata, walaupun kes belum diklasifikasikan pada tahap serius, KKM yang diketuai Menterinya, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad telah diarahkan membuat pemantauan yang rapi demi kesihatan masyarakat awam. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/12 ... covid-19-mohd-naim/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 10:26 AM GMT+8 , Processed in 0.165102 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list