CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 22782|Reply: 65

[Dunia] 'Menyeramkan', kata bekas penyewa, Forest City masuk liputan BBC

  [Copy link]
Post time 17-12-2023 03:15 AM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 17-12-2023 08:41 AM

"Saya berjaya melarikan diri dari tempat ini," Nazmi Hanafiah berkata sambil ketawa, tapi kelihatan gementar.

Setahun yang lalu, jurutera IT yang berusia 30 tahun itu telah berpindah ke Forest City, sebuah kompleks perumahan binaan oleh pelabur dari China yang begitu besar di selatan Malaysia, Johor.

Dia menyewa flat satu bilik di blok yang menghadap laut.

Selepas enam bulan dia sudah bosan. Dia tidak mahu terus hidup di kawasan yang digelar "bandar hantu".

"Saya tidak kisah tentang deposit saya, saya tidak kisah tentang duit itu. Saya hanya mahu keluar," katanya. Kami telah mengatur untuk bertemu di blok menara yang sama dia pernah tinggal.

"Saya naik seram semula", katanya. "Kawasan ini sunyi, hanya anda dan fikiran anda."

Pemaju hartanah terbesar China Country Garden melancarkan Forest City,  projek mega bernilai $100bn (£78.9bn) di bawah Inisiatif Belt and Road pada tahun 2016.

Pada masa itu, ledakan pelaburan hartanah China rancak mengalir masuk. Pemaju telah meminjam sejumlah besar wang bagi membina kedua-dua projek di dalam dan luar negara untuk para pembeli hartanah untuk golongan kelas pertengahan.

Di Malaysia, rancangan Country Garden adalah untuk membina metropolis mesra alam yang menampilkan padang golf, taman air, pejabat, bar dan restoran. Syarikat itu berkata, Forest City akhirnya akan menjadi tuan rumah kepada hampir sejuta orang.

Lapan tahun kemudian, ia menjadi mercu tanda yang anda tidak perlu berada di China untuk merasai kesan krisis. Sekarang, hanya 15% daripada keseluruhan projek telah siap dibina dan mengikut anggaran terbaharu, hanya 1% daripada keseluruhan projek telah diduduki.

Walaupun menghadapi hutang hampir $200bn, Country Garden memberitahu BBC bahawa mereka masih "optimis" perancangan mereka akan terlaksana.

'Menyeramkan di sini'

Forest City telah ditakrifkan sebagai "syurga impian untuk semua manusia." Tetapi pada hakikatnya, ia ditujukan tepat kepada pasaran domestik China, menawarkan peluang kepada yang bercita-cita tinggi untuk memiliki rumah kedua di luar negara.

Harga jualannya tidak mampu untuk kebanyakan rakyat Malaysia biasa.

Untuk pembeli warga China, pelaburan hartanah di situ itu boleh disewakan kepada rakyat tempatan, seperti Encik Nazmi atau digunakan sebagai rumah percutian.

Apabila malam tiba, Forest City menjadi gelap gelita. Blok-blok pangsapuri gah berada di sebuah kompleks yang mengandungi ratusan unit pangsapuri didapati tidak lebih daripada setengah dozen unit yang lampunya menyala. Sukar mempercayai kenyataan yang tiada siapa mahu tinggal di sini.

"Tempat ini seram," kata Joanne Kaur, salah seorang daripada beberapa penduduk yang saya temui. "Walaupun pada waktu siang, apabila anda melangkah keluar dari pintu depan, koridor pun gelap."

Dia dan suaminya tinggal di tingkat 28 di salah satu blok menara, hanya mereka sahaja di tingkat itu. Seperti Encik Nazmi, mereka adalah penyewa dan mereka merancang berpindah secepat mungkin.

"Saya kasihan kepada orang yang telah melabur dan membeli kediaman di sini," katanya. "Jika anda buat pencarian Google 'Forest City', ia bukan seperti yang anda lihat di sini sekarang.

Faktor politik tempatan juga telah menyumbang kepada keadaan di Forest City. Pada 2018, perdana menteri Malaysia pada ketika itu, Mahathir Mohamad menyekat visa untuk para pembeli dari China dengan alasan "bandar yang dibina untuk warga asing".

Beberapa penganalisis juga mempersoalkan rancangan membina pembangunan mega untuk negara yang situasi politik dan ekonominya tidak stabil. Kerajaan Malaysia sekarang menyokong projek Forest City tetapi, kepada bakal pembeli tidak pasti berapa lama situasi ini akan terus bertahan.

Isu lain yang tidak dijangka, seperti sekatan perjalanan Covid dan kawalan ke atas jumlah wang yang boleh dibelanjakan oleh warga China di luar negara juga telah menjadi penghalang untuk projek luar negara yang telah dilancarkan oleh syarikat gergasi seperti Country Garden.

Cita-cita dan realiti

Apabila memetik isu berkaitan dengan krisis hartanah China, Forest City ialah kes yang klasik iaitu cita-cita berbanding realiti. Beberapa faktor domestik mungkin menjadi penyumbang kepada situasi ini, tetapi ini adalah bukti yang puluhan ribu unit pangsapuri di tengah-tengah kawasan yang terpencil telah gagal menarik keinginan orang ramai untuk tinggal di sana.

Akhirnya, Forest City menerima nasib yang sama dengan beratus-ratus projek lain di seluruh China yang kini bergantung kepada sokongan kerajaan. Bulan lalu, terdapat laporan Country Garden telah diletakkan di dalam senarai awal untuk pemaju yang bakal menerima sokongan kewangan daripada pihak kerajaan China, tetapi butirannya masih belum jelas.

Mustahil orang seperti Encik Nazmi akan kembali: "Saya akan lebih berhati-hati lain kali," katanya. "Saya gembira telah tinggalkan tempat ini dan mendapat semula kehidupan saya."



Petikan: https://www.bbc.com/news/business-67610677





This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-12-2023 04:44 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2023 05:40 AM | Show all posts
wow
ada tempat begini di Malaysia, ye?
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2023 06:07 AM | Show all posts
ipes2 replied at 17-12-2023 05:40 AM
wow
ada tempat begini di Malaysia, ye?

Malaysia boleh
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2023 06:17 AM | Show all posts

mungkin terlampau mahal
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2023 06:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Privacy betul sape yg dah dok situ.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-12-2023 07:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Ok je tempat ni kalau siapa yg pernah pergi.....privasi. nnt ok lah balik projek ni ...nuar akan bangunkan semula. Marketing kene pandai lah
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2023 07:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Abes tu nk suh warga PRC duduk situ ke supaya jd meriah ke. Siapa suh buat kondo berinspirasikan PRC. Ko kn tau org Msia ni suka tanah lot.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2023 07:04 AM From the mobile phone | Show all posts
ipes2 replied at 17-12-2023 06:17 AM
mungkin terlampau mahal

Mmg mahal....sbb xnak bercampur dgn b40&m40....tp dh jd mcmni mungkin akan diturunkan kot harga sewa....so m40 bolehlah menyewa kat situ
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2023 07:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Lalu je pun seram.. tersergam tinggi2 gitu tapi langsung takde manusia.. tak lama lagi jadik ghost town le..
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2023 07:05 AM From the mobile phone | Show all posts
sambaldurian replied at 17-12-2023 07:04 AM
Abes tu nk suh warga PRC duduk situ ke supaya jd meriah ke. Siapa suh buat kondo berinspirasikan PRC ...

Tp kalau iols dah tua nnt kalau duk sorang....iols prefer duk kondo......byk penyamun masuk umah landed
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2023 07:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak lelong kat Singapore pun tak laku sebab sama ja dok flat. Kalau landed boleh gak consider.

Nak harap ummah lokal takut hantu lambat lagi lah.

Projek yang dibina untuk gagal.
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2023 07:16 AM From the mobile phone | Show all posts
KucaiHijau replied at 17-12-2023 07:05 AM
Tp kalau iols dah tua nnt kalau duk sorang....iols prefer duk kondo......byk penyamun masuk umah l ...

Ada je kwsn rumah teres hired jaga, tp jgn kedekut byr bulanan security la. Tanah lot mcm kt kampung jarang la ada security, so buat 'pagar' biar pencuri x nmpak ????.Kondo org tempat have2 ok la terjaga, tp klu yg tmpat parking dia limited sampai kereta parking luar kaw kondo mmg x minat.
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2023 07:30 AM From the mobile phone | Show all posts
sambaldurian replied at 17-12-2023 07:04 AM
Abes tu nk suh warga PRC duduk situ ke supaya jd meriah ke. Siapa suh buat kondo berinspirasikan PRC ...

Byk yg beli pun ccp kan...dorang pun nak jual balik tp xde buyer...kahkah
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2023 07:32 AM From the mobile phone | Show all posts
sambaldurian replied at 17-12-2023 07:04 AM
Abes tu nk suh warga PRC duduk situ ke supaya jd meriah ke. Siapa suh buat kondo berinspirasikan PRC ...

Mungkin boleh suggest travel agency yg bawak rombongan tourist PRC utk duduk homestay kat sini. Sesuai lah, owner homestay PRC,  penyewa PRC. Bg sesama diorg pening kepala melayan perangai memasing
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2023 07:35 AM From the mobile phone | Show all posts
mizzmimi replied at 17-12-2023 07:05 AM
Lalu je pun seram.. tersergam tinggi2 gitu tapi langsung takde manusia.. tak lama lagi jadik ghost t ...

SG plan next time turun JB nak singgah pusing2 jalan2 dlm forest city. Mcm best je nak merasa jalan2 kt bandar lengang. Mcm KL time covid dedulu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2023 07:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Ehh kan lps ni no visa utk cina...apa lagi..bakal  'maju' semula lah....
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2023 08:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Rindu era Cash is King....
sayang mmmmm muah muah  
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2023 08:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Golongan t20 pun takut hantu gak...klau dh rasa seram xde rasa aman dok situ berbaloi ke beli walaupun mampu
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2023 08:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Isunya di sini Masih x cukup rmi ke warganegara china kat msia ni nak tmbh lg jdkan mereka PR kat sini?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 02:29 AM GMT+8 , Processed in 0.730965 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list