CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8773|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Tiada larangan tulis ucapan Krismas di kek - JAKIM

[Copy link]
Post time 17-12-2023 12:30 PM | Show all posts |Read mode

Penjelasan JAKIM berhubung isu ucapan Selamat Hari Krismas di kek.

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengesahkan tiada larangan dikenakan ke atas pemegang sijil halal menulis ucapan perayaan pada kek untuk jualan.

JAKIM dalam kenyataan hari ini memaklumkan, premis pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) bebas menulis ucapan perayaan pada kek atau seumpamanya.

"Buat semua pemegang SPHM, anda dinasihatkan merujuk kepada JAKIM, Jabatan Agama Islam negeri (JAIN) atau Majlis Agama Islam negeri (MAIN) terlebih dahulu jika wujud sebarang kekeliruan berkaitan pensijilan halal Malaysia," katanya.

Terdahulu, tular di media sosial berkenaan isu larangan ucapan 'Merry Christmas' pada kek susulan Memorandum daripada sebuah syarikat bertarikh 14 Disember 2023 bertajuk 'Not Allowed To Write The Word of Merry Christmas or X'Mas On Cakes' (tidak dibenar menulis ucapan Selamat Hari Krismas di atas kek).



JAKIM berkata, isu sama pernah dijawab pada 25 Disember 2020 dan 1 November 2023.

Sementara itu, kedai kek terbabit dalam pekeliling bertarikh 14 Disember 2023 dan ditandatangani pengurus operasi kedai roti itu mendakwa, larangan berkenaan adalah untuk mematuhi dan memenuhi keperluan pensijilan halal oleh JAKIM.

https://www.bharian.com.my/berit ... rismas-di-kek-jakim
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim Soo Hyun, Kim Ji Won, Park Sung Hoon
Rahah[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim
Views : 20667 Replies : 417
Gambaran Tahiyat Akhir
KurexGambaran Tahiyat Akhir
Views : 19087 Replies : 61
Jennifer Lopez kembali dengan 'This is me...now'
maklukpenggodaJennifer Lopez kembali dengan 'This
Views : 22414 Replies : 8
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 22119 Replies : 128
Pedas Malaya vs Pedas Sarawak
YgBenarPedas Malaya vs Pedas Sarawak
Views : 25736 Replies : 8
Orang sindir saya bekas banduan tapi saya tidak tersinggung
mojarean_XOrang sindir saya bekas banduan tapi say
Views : 20332 Replies : 20
(V21) ALL ABOUT ZAMANI & SLAM
akr(V21) ALL ABOUT ZAMANI & SLAM
Views : 26201 Replies : 350
Lelaki panas hati ibubapa bukan sahaja drop anak depan sekolah tapi layan kerenah anak dan beri segala motivasi sebabkan 'q' depan sekolah jadi panjang
YgBenarLelaki panas hati ibubapa bukan sahaja d
Views : 11935 Replies : 19
[Edisi pungpakkepung] Azri Iskandar dan kekasih baru?
doubleA[Edisi pungpakkepung] Azri Iskandar dan
Views : 10467 Replies : 87

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 02:33 PM GMT+8 , Processed in 0.052730 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list