CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5041|Reply: 0

F1: Pengurangan berat punca RB19 pantas

[Copy link]
Post time 18-12-2023 12:30 PM | Show all posts |Read mode

JENTERA RB19 milik Red Bull berjaya mempamerkan aksi luar biasa sepanjang musim ini. - AFP

LONDON – Ketua pasukan Red Bull Racing, Christian Horner mendedahkan rahsia terbesar pasukannya itu di sebalik kejayaan luar biasa mereka bersama jentera RB19 musim ini.

Horner menegaskan bahawa pengurangan berat hampir 20 kilogram (kg) dari jentera 2022 menjadi kunci utama kekuatan mereka pada musim 2023.

Tambah Horner, jentera RB19 banyak menggunakan komponen dari RB18 termasuk kotak gear serta beberapa komponen lain termasuk separuh casis digunakan biarpun jentera pada tahun 2022 agak berat kerana kelewatan memulakan peraturan baru pada 2021.

“Terdapat sejumlah besar komponen yang datang dari RB18 digunakan pada jentera musim ini. Perkara paling penting yang dapat kami tangani ialah pengurangan jumlah beratnya.

“Kami agak lewat memulakan peraturan baharu pada tahun 2021, kerana pertempuran kejuaraan itu, menjadikan kereta pada tahun 2022 agak berat.

“Bagaimanapun, kami berjaya mengurangkan 20 kilogram dari jentera pada tahun ini dan memperbaiki beberapa kelemahan untuk memastikan ia sempurna digunakan oleh kedua-dua pemandu kami,” katanya Horner.

Sebagai rekod, Red Bull telah melakar 21 perlumbaan daripada 22 pusingan musim ini dengan lima kemenangan perlumbaan sprint.

Kejayaannya tersebut membolehkan RB19 disebut salah satu jentera terhebat sepanjang zaman setanding dengan McLaren MP4/4 pada tahun 1988, Ferrari F2004, dan Mercedes W11 pada tahun 2020. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2023/12 ... -punca-rb19-pantas/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 11:50 PM GMT+8 , Processed in 0.066294 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list