CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6407|Reply: 0

[Perak] Ingkar larangan masuk hutan ketika tengkujuh, 5 pendaki sesat

[Copy link]
Post time 18-12-2023 12:37 PM | Show all posts |Read mode

LIMA pendaki yang terselamat selepas tersesat ketika mendaki Bukit Kledang. FOTO Ihsan Bomba

Ipoh: Polis akan merujuk kes lima pendaki yang terselamat selepas tersesat ketika mendaki Bukit Kledang, di sini, kepada Jabatan Perhutanan untuk tindakan lanjut.

Difahamkan, lima pendaki berusia antara 33 hingga 67 tahun itu mengingkari arahan memasuki kawasan hutan simpan terbabit tanpa kebenaran sebelum dilaporkan hilang semalam.

Operasi mencari dan menyelamat dijalankan sejak semalam, bagaimanapun kelima-lima pendaki berjaya turun daripada bukit itu dan ditemukan selamat, kira-kira 7.30 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, pendaki berkenaan mengingkari arahan kerana memasuki kawasan hutan tanpa kebenaran daripada Jabatan Perhutanan khususnya ketika musim tengkujuh sekarang, sebagaimana notis pemakluman yang dikeluarkan oleh jabatan itu pada 1 November lalu.



"Maklumat kehilangan lima pendaki itu diterima polis 11.43 malam semalam (Sabtu) daripada rakan mereka yang memaklumkan pendaki terbabit masih belum turun dari bukit berkenaan sejak memulakan pendakian 2 petang hari sama.

"Pendaki terbabit menghantar koordinat kedudukan mereka melalui telefon bimbit dan diminta untuk kekal di lokasi koordinat asal sementara menunggu ketibaan bantuan daripada pasukan penyelamat.

"Bagaimanapun, kira-kira 7.30 malam (tadi) kelima-lima pendaki itu turun ke kaki bukit dalam keadaan selamat tanpa mengalami sebarang kecederaan," katanya dalam kenyataan, malam tadi.

Dalam pada itu, semakan di laman web Jabatan Perhutanan Negeri Perak mendapati jabatan berkenaan ada mengeluarkan notis penutupan semua laluan pendakian dan aktiviti rekreasi dalam kawasan Hutan Simpan Kekal Perak berikutan musim tengkujuh yang diramalkan berlangsung sehingga Mac depan.

Ia menyatakan penutupan berkenaan berkuat kuasa 1 November lalu sehingga tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... juh-5-pendaki-sesat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 11:32 AM GMT+8 , Processed in 0.052261 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list