CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8782|Reply: 0

[Selangor] Tanah runtuh: Tiada duit, 4 sekeluarga enggan pindah

[Copy link]
Post time 18-12-2023 01:56 PM | Show all posts |Read mode

Seorang wanita mengambil barang penting selepas kejadian tanah runtuh di Taman Wawasan Puchong di sini, hari ini.



SERDANG: Empat sekeluarga nekad terus tinggal di kediamannya  di Jalan Wawasan 3/9, Taman Wawasan, di sini meskipun bekalan air terputus akibat kejadian tanah runtuh.

Penduduk itu, Low Mee Yeng, 69, berkata, hanya mereka sekeluarga yang masih menetap di lokasi terjejas ketika ini.

Manakala jiran lain yang rumah mereka  terletak sederet dengan kediamannya sudah berpindah sejak semalam.

Katanya, buat sementara waktu, keluarganya akan tetap tinggal di rumah ini sebelum arahan seterusnya dikeluarkan oleh pihak berkuasa.

“Jiran-jiran saya semuanya sudah berpindah ke rumah keluarga terdekat masing-masing selepas kejadian.

“Namun, kami sekeluarga tidak berpindah walaupun sudah disarankan oleh pihak berkuasa kerana masalah kewangan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Mee Yeng yang tinggal bersama suami dan dua anaknya turut meluahkan kebimbangan sekiranya berlaku tanah runtuh pada bila-bila masa di kawasan kediamannya.

“Saya tengok keadaan dan maklum balas daripada pihak berkuasa sekiranya ada arahan wajib untuk pindah. Jika ada (arahan), saya akan berpindah.

“Saya difahamkan bahawa pusat pemindahan sementara (PPS) hanya disediakan untuk penduduk yang rumahnya terjejas saya tidak termasuk meskipun terletak sederet (dengan kediaman terjejas),” jelasnya.

Beliau berharap ada tindakan susulan daripada pihak berkuasa untuk membantu penduduk sekitar yang masih tinggal di kediaman mereka.

“Saya percaya masih ada penduduk sekitar yang tetap tinggal di kediaman mereka kerana tiada tempat berpindah.

“Kami (penduduk) yang masih tinggal di kediaman masing-masing pula menghadapi bekalan air yang terputus,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Bencana Daerah Petaling, Rahilah Rahmat berkata, Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) dan Jabatan Kerja Raya (Bahagian Cerun dan Forensik) akan meneruskan pemeriksaan di lokasi.

Kata beliau, sehingga pukul 3.30 petang, semalam, sebanyak 46 cerucuk besi sudah ditanam dan kerja-kerja penanaman cerucuk besi akan diteruskan pada hari ini.

“PPS yang disediakan kepada penduduk terjejas juga sudah ditutup jam 9 malam tadi dengan semua mangsa dilaporkan berpindah ke rumah saudara masing-masing,” katanya. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/berita ... arga-enggan-pindah/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 07:11 AM GMT+8 , Processed in 0.545408 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list