CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8711|Reply: 0

[Perak] Sampah hanyut jejas imej tiga pantai

[Copy link]
Post time 18-12-2023 02:00 PM | Show all posts |Read mode

Loh Sze Yee (duduk tengah) dan Mohd Helmi (duduk dua kanan) menunjukkan gambar sampah hanyut yang mencemari tiga pantai peranginan terkenal di daerah Manjung. FOTO MUHAMAD LOKMAN KHAIRI.

Lumut: Tiga pantai peranginan terkenal di daerah Manjung bertukar wajah akibat dicemari longgokan sampah yang dihanyutkan arus ketika fenomena air pasang besar sejak 9 Disember lalu.

Kejadian yang menimpa Pantai Teluk Batik, di sini, serta Pantai Teluk Nipah dan Pantai Pasir Bogak di Pulau Pangkor yang turut tular di media sosial mencetuskan rasa tidak puas hati pengunjung dan menjejaskan imej industri pelancongan.

Berdasarkan gambar dan video dikongsikan pengguna, longgokan sampah hanyut itu membabitkan timbunan dahan dan ranting, botol mineral serta plastik bungkusan makanan angkara sikap tidak bertanggungjawab orang ramai termasuk kru kapal.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor negeri, Loh Sze Yee berkata, Majlis Perbandaran Manjung (MPM) giat menjalankan kerja-kerja pembersihan di ketiga-tiga pantai terbabit sebaik aduan diterima.



Menurutnya, peristiwa sampah hanyut yang berlaku kali ini amat mengejutkan kerana berat sampah yang dikutip setakat hari ini sudah mencecah 69 tan.

"Seberat 69 tan sampah hanyut diuruskan oleh MPM, Agensi Pertahanan Awam Malaysia (APM), persatuan penduduk, 'beach boy' Pulau Pangkor dan kontraktor.

"Sebenarnya ini fenomena tahunan, tapi tahun ini kita dapati longgokan sampah berlaku di luar jangkaan.

"Isu kritikal ini melibatkan imej dan keselamatan boleh memberi kesan kepada kedatangan pelancong seterusnya menjejaskan pendapatan pihak berkepentingan dalam industri pelancongan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media ketika lawatannya ke Pantai Teluk Batik, di sini, hari ini.

Sementara itu, Setiausaha MPM, Mohd Helmi Arifin berkata, kerja-kerja pembersihan tiga pantai terbabit menelan belanja RM100,000 kerana longgokan sampah berkenaan memerlukan kerja pembersihan dalam skala besar dan tenaga kerja yang ramai.

Menurutnya, MPM sudah merangka usul cadangan dan memohon bantuan peruntukan daripada kerajaan Perak bagi meningkatkan tahap keupayaan dan ketersediaan MPM menghadapi fenomena air pasang besar pada masa akan datang.

"Bagi jangka masa pendek, pihak kami memohon bantuan one off bagi kerja-kerja pembersihan segera pantai peranginan di Pulau Pangkor terutamanya Pantai Pasir Bogak dan Pantai Teluk Nipah.

"Manakala, bagi jangka masa panjang, MPM mencadangkan dana tahunan disediakan sebagai persiapan menghadapi fenomena air pasang besar di Pulau Pangkor," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... as-imej-tiga-pantai
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 10:58 AM GMT+8 , Processed in 0.464750 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list