CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2884|Reply: 27

Dahulu Mesir sekarang Libya...lepas nih ops apa pula!

[Copy link]
Post time 24-2-2011 08:58 AM | Show all posts |Read mode
Pesawat TUDM sudah ke Libya

PENUNJUK perasaan mengoyak Buku Hijau tulisan Gaddafi di Tobruk, Libya.

Operasi menyelamat, bawa pulang 190 rakyat Malaysia bermula

KUALA LUMPUR: Kerajaan sudah menghantar sebuah pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) untuk operasi menyelamat dan membawa pulang 190 rakyat Malaysia di Libya yang kini dilanda kebangkitan rakyatnya mendesak pemimpin mereka, Muammar Gaddafi meletakkan jawatan.

Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab berkata, pesawat itu sudah mendarat di Slovakia sebelum ke Rome, Itali serta ke Lapangan Terbang Tripoli, Libya.
Bagaimanapun, kerajaan belum menerima hak mendarat daripada pihak berkuasa negara berkenaan bagi membawa pulang rakyat ke tanah air.

“Kita faham keadaan di sana agak kelam kabut dengan lapangan terbangnya ditutup. Namun, usaha perlu dilakukan untuk memindahkan rakyat dari pejabat kedutaan di Tripoli ke negara berdekatan seperti Itali atau Dubai yang dijadikan sebagai pusat transit.

“Bila mereka dipindahkan bergantung kepada kebenaran pihak berkuasa negara berkenaan dan mungkin mengambil masa seminggu atau lebih,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Laporan sebelum ini yang memetik kenyataan Timbalan Menteri Luar, Senator A Kohilan Pillay, operasi menyelamat rakyat Malaysia di Libya mungkin akan menggunakan laluan darat jika opsyen laluan udara gagal dilaksanakan.

Pertumpahan darah di negara Afrika Utara itu terus meningkat kepada 400 orang apabila Gaddafi mengarahkan tentera menyerang rakyat yang melakukan protes antikerajaan menggesa beliau berundur selepas 42 tahun memerintah.
Tindakan Gaddafi dikecam masyarakat antarabangsa yang mendesak beliau menghentikan keganasan terhadap penunjuk perasaan. Keadaan di negara itu dilaporkan semakin bergolak dengan penunjuk perasaan menyerang bangunan kerajaan serta merosakkan lapangan terbang Benghazi ketika ramai warga asing mula meninggalkan negara itu.

Sementara itu, sumber Kementerian Luar dan Kedutaan di Yaman menyatakan, seramai 646 rakyat Malaysia termasuk 550 pelajar dilaporkan selamat walaupun keadaan di negara Teluk itu dilaporkan tidak menentu.

“Sebenarnya keadaan di Sana’a tidak seburuk seperti yang dilaporkan media di sana. Bagaimanapun, kita sudah mengarahkan rakyat Malaysia di sana mengambil langkah berjaga-jaga termasuk segera menghubungi kedutaan jika keselamatan mereka terancam,” katanya.

***Sudah berlepas ke sana...tetapi tidak menerima apa-apa lagi arahan untuk mendarat...sekrg nih TUDM berada diawang-awangan
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 24-2-2011 09:00 AM | Show all posts
malaysia??
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2011 09:16 AM | Show all posts
Time operasi kat Mesir, urusan agak mudah sebab Akak Rosmah ada hubungan baik ngan Suzanne Mubarak...

Kalo kat Libya... sapa best fren Muamar Ghadafi or wife dia dari Malaysia pulok???
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2011 09:16 AM | Show all posts
kelantan....
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2011 09:17 AM | Show all posts
malaysia??
skymania Post at 24-2-2011 09:00

najibuya dah warning, jan cekali2 nk melawan kelajaan
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2011 09:31 AM | Show all posts
lapas nih arab saudi pulak.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-2-2011 09:41 AM | Show all posts
sarawak revolution...selamatkan orang utan ke semenanjung malaysia...sebelum di bunuh oleh rajah sarawak...
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2011 09:49 AM | Show all posts
Bahrain maybe next kot, ramai Msian expats kat sana
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

 Author| Post time 24-2-2011 09:53 AM | Show all posts
Bahrain maybe next kot, ramai Msian expats kat sana
alyssasarah Post at 24-2-2011 09:49

kalo mesia expats...apa barang kapal terbang TUDM...nak kena MAS sumer first class...
dah jadi mcm bukit antarabangsa mangsa tanah runtuh...takde kelas dok dlm dewan...kena dok hotel
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2011 09:54 AM | Show all posts
xyah la nk perlekehkan apa yg diusahakan oleh kjaan dlm hal nih

bodoh betul la
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-2-2011 09:55 AM | Show all posts
Time operasi kat Mesir, urusan agak mudah sebab Akak Rosmah ada hubungan baik ngan Suzanne Mubarak.. ...
HaMiZiE Post at 24-2-2011 09:16

Tunjuk jer duit...terus bespren dgn muamar ghadafi...sampai mesia bentang poster bik mama
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2011 10:15 AM | Show all posts
negara barat suka lah macam ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-2-2011 10:18 AM | Show all posts
negara barat suka lah macam ni...
DrG Post at 24-2-2011 10:15

Kerajaan kena tlg..kalo tak tlg..nanti takut rakyat kiter terikut2 mcm tuh
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2011 10:37 AM | Show all posts
sana kecoh perang, kita kat sini sibok nak politikkan isu. Cuba renungkan sejenak,
-kenapa rusuhan berlaku di negara arab yang majoritinya islam?
-siapa dalang sebalik perpecahan ini?
-Kesan kepada ekonomi dunia?
-Negara mana yang untung?

jawapannya - semuanya membawa keuntungan ketenteraan dan ekonomi untuk negara israel dan sekutunya.

Yang kita dok sibuk do memnbantah dengan usaha kerajaan nak bawa balik rakyat Malaysia di sana kenapa ?
Sebab tak ada kalangan ahli keluarga yang menentang tu. Jika ada ahli keluarga disana, "dia" yang nombor satu suruh kerajaan start enjin kapalterbang bawak keluarganya balik.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-2-2011 10:56 AM | Show all posts

rayyanrafael Post at 24-2-2011 10:37

Bagus komen ngko bro...dalam byk2 negara..negara mana yg tak pernah deal dgn negara israel dan sekutunya? jgn kelentong jikalau jwpnnya mesia tak pernah deal ...hanya title ajer dlm passport masing2 takde urusan dgn israel...
Usaha kerajaan mmg sgt bagus dan mantap...
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2011 09:38 AM | Show all posts
Terlalu paranoid dgn usaha murni kerajaan....tak bantu pun salah..bantu pun salah..ramai diantara kita suka baling batu sembunyi tangan..ingat memerintah negara ni amacam memerintah intitusi keluarga ke.... sembang kedai kopi boleh la....
""Bagus komen ngko bro...dalam byk2 negara..negara mana yg tak pernah deal dgn negara israel dan sekutunya? jgn kelentong jikalau jwpnnya mesia tak pernah deal ...hanya title ajer dlm passport masing2 takde urusan dgn israel...
Usaha kerajaan mmg sgt bagus dan mantap..."

Cuba buktikan apa dealnya.
Apa kesan dia kepada negara (Positif dan Negatif)
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

 Author| Post time 3-3-2011 10:05 AM | Show all posts
Terlalu paranoid dgn usaha murni kerajaan....tak bantu pun salah..bantu pun salah..ramai diantara ki ...
tempur Post at 3-3-2011 09:38

Baca WIKILEAKS bro...tak perlu haku nak explain lagi...kerajaan pun tak mengeluarkan kenyataan saman kat owner wikileaks tuh
Nak tolong...tolonglah dgn ikhlas...yang hantar misi bantuan tu adalah suruhan dari Allah...
bila dah tiba ditanah air...sujudlah bumi malaysia...thanks to Allah...

Ini nak jaja nama kerajaan BN, Bik Mama, muka PM merata2...pastu tak jaja parti lain...konon pembangkang tak tlg...WTF...
cameraman pun filter...yg mana taksub terima kasih kat kerajaan masuklah TV...
Haku tak sokong mana2 politaik...tp ajaran berlandaskan islam perlu diperbetulkan oleh pak menteri

Memang tak salah nak menolong...biarlah menolong kerana Allah...bukan kerana Dacing...dah jadi mcm khurafat ler plak...kerajaan gantikan Tuhan...semua bantuan dr mereka...sedarkah mereka?...komen dr Yusof Qardawi pun kerajaan tak senang duduk leh goyang..tarak tau kaa ...jgn taksub sgt pada kerajaan bro..kiter ni islam...islam utamakan dahulu...kerajaan hanya suruhan dr Allah s.w.t...tamo terima kenyataan sudey...harap aku doakan ngko lebih baik taksub Allah dr kerajaan...

Memang kerajaan pun islam juga..adakah diorang islam yg sebenar?
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2011 10:24 AM | Show all posts
malaysia bila pulok??? kete kebal dah ada kat merata tempat...
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2011 01:54 PM | Show all posts
" Baca WIKILEAKS bro...tak perlu haku nak explain lagi...kerajaan pun tak mengeluarkan kenyataan saman kat owner wikileaks tuh...
------------------------------------------------------
Orang yang buat wikileak dah kena tangkap...nak saman sapa..sekarang orang lain yang pegang wikileaks...
------------------------------------------------------
Nak tolong...tolonglah dgn ikhlas...yang hantar misi bantuan tu adalah suruhan dari Allah...
bila dah tiba ditanah air...sujudlah bumi malaysia...thanks to Allah...
-------------------------------------------------------
Kihlasan wujud dalam hati bukak pada perlakuan.... kalau kerajaan tak war2 apa yang dibuat nanti kena komplen plak...
---------------------------------------------
Ini nak jaja nama kerajaan BN, Bik Mama, muka PM merata2...pastu tak jaja parti lain...konon pembangkang tak tlg...WTF...
----------------------------------------------
Takde satu pun negara dalam dunia moden puji Parti yang bertentangan...
-----------------------------------------------
cameraman pun filter...yg mana taksub terima kasih kat kerajaan masuklah TV...
Haku tak sokong mana2 politaik...tp ajaran berlandaskan islam perlu diperbetulkan oleh pak menteri
-----------------------------------------------
Aku pun tak suka politik sebab politik yang memecahkan orang orang melayu kepada  fahaman politik sempit dan taksub kepada p-r-t- masing masing... nak tanya gak dalam akhbar atau media parti B. Adakah mereka ini pernah puji usaha gov..takde kan... so sama je...
------------------------------------------------------
Memang tak salah nak menolong...biarlah menolong kerana Allah...bukan kerana Dacing...dah jadi mcm khurafat ler plak...kerajaan gantikan Tuhan...semua bantuan dr mereka...sedarkah mereka?...komen dr Yusof Qardawi pun kerajaan tak senang duduk leh goyang..tarak tau kaa ...jgn taksub sgt pada kerajaan bro..
-----------------------------------------------------------------------
(Maaf aku tidak taksub ye) masih waras untuk membezakan pentingnya agama berbanding politik )
kiter ni islam...islam utamakan dahulu...kerajaan hanya suruhan dr Allah s.w.t...tamo terima kenyataan sudey...harap aku doakan ngko lebih baik taksub Allah dr kerajaan...

Memang kerajaan pun islam juga..adakah diorang islam yg sebenar?
------------------------------------------------------------------------------------
itu kena tanya diorang la..yang penting..kita bebas bergerak dibumi kita, dapat amalkan suruhan Allah dengan aman tanpa huru hara, makan cukup....minum cukup...boleh belajar dan sebagainya lah...

tak salah menasihati untuk memperbetulkan apa yang tak betul tetapi kalau main hentam sahaja..kesian la org yang ada niat nak membantu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-3-2011 04:25 PM | Show all posts
Reply 19# tempur

Orang yang buat wikileak dah kena tangkap...nak saman sapa..sekarang orang lain yang pegang wikileaks...
------------------------------------------------------
Kena tangkap tu dulu bro...sekrg dah lepas tarak bukti
Misi kerja kena sambung semula...Foreign Ministry sebok soh petugas kawal wikileaks media...supaya takut dpt malu bila tiba di negara luar...

Kihlasan wujud dalam hati bukak pada perlakuan.... kalau kerajaan tak war2 apa yang dibuat nanti kena komplen plak...
---------------------------------------------
War-war hanya anouncement apa diorang buat...perlukah taksub terima kasih kpd kerajaan baru nak masuk tv...yg betul2 ingat Allah tanpa sebut kerajaan...takyah masuk tv?

Ini nak jaja nama kerajaan BN, Bik Mama, muka PM merata2...pastu tak jaja parti lain...konon pembangkang tak tlg...WTF...
----------------------------------------------
Saper kata takde...teruskan baca news byk2 lagi...byk negara yg jadi perdana menteri yg asalnya jadi pembangkang...nak tau? cari sundrik...
-----------------------------------------------
cameraman pun filter...yg mana taksub terima kasih kat kerajaan masuklah TV...
Haku tak sokong mana2 politaik...tp ajaran berlandaskan islam perlu diperbetulkan oleh pak menteri
-----------------------------------------------
puji atau tidak, media of licensing under 1 roof...saper yg kontrol license tuh?tugas pembangkang tak bermakna kondem gov 100%...peratusan kena ada imbangan fakta yg sebenar...baca news lagi ye...
------------------------------------------------------
Memang tak salah nak menolong...biarlah menolong kerana Allah...bukan kerana Dacing...dah jadi mcm khurafat ler plak...kerajaan gantikan Tuhan...semua bantuan dr mereka...sedarkah mereka?...komen dr Yusof Qardawi pun kerajaan tak senang duduk leh goyang..tarak tau kaa ...jgn taksub sgt pada kerajaan bro..
-----------------------------------------------------------------------
(Maaf aku tidak taksub ye) masih waras untuk membezakan pentingnya agama berbanding politik )<b> bagus...ity yg kiter nak</b>
kiter ni islam...islam utamakan dahulu...kerajaan hanya suruhan dr Allah s.w.t...tamo terima kenyataan sudey...harap aku doakan ngko lebih baik taksub Allah dr kerajaan...

Memang kerajaan pun islam juga..adakah diorang islam yg sebenar?
------------------------------------------------------------------------------------
itu kena tanya diorang la..yang penting..kita bebas bergerak dibumi kita, dapat amalkan suruhan Allah dengan aman tanpa huru hara, makan cukup....minum cukup...boleh belajar dan sebagainya lah...

tak salah menasihati untuk memperbetulkan apa yang tak betul tetapi kalau main hentam sahaja...kesian la org yang ada niat nak membantu...
========================================================================
Ya mmg betul...tapi apa guna fatwa kebangsaan sedangkan yg menyelenggara fatwa kebangsaan adalah dr kerajaan sendiri
Adakah takut teguran kerna kena banned? kena buang kerja? dan sebaliknya...
Bukan tugas kerna Allah..tugas kerna kerajaan...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

ADVERTISEMENT

Forum Hot Topic

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 06:45 AM GMT+8 , Processed in 0.082006 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list