View: 19381|Reply: 0
|
Tina petinju wanita Islam pertama Australia di Olimpik
[Copy link]
|
|
Tina petinju wanita Islam pertama Australia di Olimpik
TINA menang gangsa di Sukan Komanwel tahun lalu. FOTO Agensi
Sydney: Tina Rahimi mencipta sejarah apabila muncul petinju wanita Islam pertama mewakili Australia di Sukan Olimpik.
Tina, 27, tersenarai antara 12 pertinju layak ke Paris tahun depan dengan Australia menghantar kontinjen tinju terbesar ke temasya itu.
Tina yang berhijab dan berasal dari Bankstown di Sydney memenangi pingat gangsa kategori featherweight di Sukan Komanwel tahun lalu.
Dia turut memenangi emas di Sukan Pasifik yang berlangsung di Kepulauan Solomon dan mengakui bertinju sambil bertudung pada awalnya tidak selesa baginya.
"Ya Tuhan, ia sangat panas," katanya kepada Sydney Morning Herald. "Di Kepulauan Solomon, cuacanya berbahang ketika itu. Sebaik saya memakai tudung, peluh mula mencurah-curah tetapi seperti puasa dan latihan, saya berjaya menyesuaikan diri dengan keadaan itu."
Tina turut bertanding pada Ramadan tahun ini. Dia menyertai Kejohanan Tinju Wanita Dunia di India ketika menahan lapar dan dahaga pada siang hari.
"Saya berjoging sebelum matahari terbit bagi memastikan tahap kecergasan," katanya. "Saya hanya boleh melakukan satu sesi latihan sehari. Saya berasa sangat letih dan dahaga tetapi ia sebahagian daripada ibadah dalam agama saya, jadi ia sangat penting kepada saya."
Sumber:https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ustralia-di-olimpik
|
|
|
|
|
|
|
| |
|