CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18853|Reply: 101

Terbeban Dengan Impian 'Melampau' Ibu Bapa, Ramai Generasi Muda Bedepan Masalah Mental

[Copy link]
Post time 20-12-2023 12:35 PM | Show all posts |Read mode
Bangi: Terbeban dengan impian 'melampau' ibu bapa terutama kejayaan bidang akademik menjadi antara penyebab ramai dalam kalangan generasi muda berdepan masalah kesihatan mental.


Ini kerana ada ibu bapa meletakkan harapan terlalu tinggi terhadap anak mereka untuk 'sempurna' dalam pelajaran sehingga memaksa mereka 'bergelut' untuk memenuhi harapan itu.


Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Inklusif) Hal Ehwal Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr Nurwina Anuar berkata, memenuhi harapan ibu bapa selain keliru dengan tujuan hidup antara masalah yang kerap dihadapi golongan muda sehingga ada dalam kalangan mereka terpaksa mendapatkan bantuan psikologi untuk berdepan dengan tekanan.




Foto: Harian Metro




"Ada di antara mereka bukanlah datang dari keluarga berantakan atau bermasalah, tetapi mereka mendapat tekanan akibat harapan keterlaluan.


"erkara ini kebiasaannya berlaku apabila mereka dibandingkan dengan orang lain dan perlu mencapai kejayaan setanding atau lebih tinggi daripada mereka.




"Boleh jadi juga mereka didesak untuk belajar di dalam bidang yang tidak diminati umpamanya mereka minat seni tapi terpaksa belajar bidang sains. Situasi ini yang akan memberi masalah kepada personaliti dan hala tuju hidup anak muda malah menjejaskan masa depannya," katanya ketika ditemui baru-baru ini.


Beliau berkata, tindakan mereka terpaksa akur kerana tidak mahu memusnahkan harapan keluarga menyebabkan mereka 'terseksa' daripada segi mental.


"Sudah pasti situasi ini membawa kepada kemerosotan akademik, fizikal, mental dan masa depan anak muda. Anak yang dulu cemerlang di peringkat sekolah kini prestasi menjunam dan bila ini berlaku ibu bapa sekali lagi menyalahkan anak," katanya.


Menurutnya, statistik menunjukkan seorang daripada empat individu di seluruh dunia pernah mengalami episod kemurungan sekurang-kurangnya sekali dalam hidup mereka.


"Sama ada sedar atau tidak, kemurungan dan gangguan mental boleh mendatangkan ketidakselesaan kepada orang keliling melalui getaran perasaan dan gelombang negatif menyebabkan pesakit lebih selesa bersendirian.


"Kemurungan dan gangguan mental boleh berlaku disebabkan pelbagai faktor. Bagi pelajar dan golongan muda, harapan tinggi ibu bapa dan tiada panduan arah hidup adalah punca utama gangguan emosi dan kesihatan mental mereka merudum tanpa disedari.


"erkara ini menyebabkan ramai yang terpaksa mendapatkan bantuan kaunseling dan psikologi malah bergantung kepada ubat akibat depresi," katanya.


Dr Nurwina berkata, khidmat kaunseling dan bimbingan profesional dapat membantu untuk menyeimbangkan semula emosi dan mental mereka.


"Bagaimanapun, masih ada masyarakat kita yang masih dibelenggu stigma dan berpendapat khidmat bimbingan ini hanya memberikan persepsi buruk rakan-rakan terhadap mereka kerana takut digelar 'orang gila'," katanya.


'Keluarga enggan dengar luahan, rintihan saya'


Berada dalam persekitaran keluarga yang mementingkan kecemerlangan pelajaran ternyata menjadi beban kepada penuntut jurusan sarjana di sebuah institut pendidikan tinggi ini apabila diletakkan harapan tinggi untuk sentiasa berjaya.


Noor, 26, (bukan nama sebenar) berkata, sebagai anak sulung, ibu bapa meletakkan harapan tinggi kepadanya untuk berjaya dalam bidang akademik dan menjadi contoh ikutan adik-adiknya.


"Keluarga saya mementingkan pencapaian pelajaran namun enggan mendengar luahan atau rintihan saya.


"Kadang-kadang saya cuba hendak luahkan tekanan belajar dan masalah menyesuaikan diri di asrama, tetapi ibu tidak mahu dengar sebarang alasan serta mendesak saya terus tumpu belajar.


"Adakalanya saya rasa penat kerana tidak mampu memenuhi impian mereka. Ibu bapa langsung tidak bertanya khabar atau mendengar apa-apa masalah saya tetapi meletakkan harapan tinggi," katanya.


Menurutnya, disebabkan tidak tahu di mana mahu meluahkan perasaan menyebabkan dia mengambil tindakan memendam masalah sehingga menyebabkan pencapaian pelajarannya merosot.


Noor berkata, keadaan diri berubah kepada lebih positif selepas mengambil bidang kaunseling dan belajar menangani tekanan.


"Sebelum ini saya tidak tahu apa itu tekanan dan depresi, tapi bila ambil bidang kaunseling saya mula faham.


"Apabila berdepan masalah seperti saya, kita perlu mencari bantuan cuma persepsi orang bila jumpa kaunselor kita dilabel bermasalah dan orang pandang negatif. Ramai yang salah anggap apa itu kaunseling," katanya.


Menurutnya, semua orang tidak boleh lari daripada menghadapi masalah namun yang penting bagaimana menguruskan masalah itu.


"Saya sekarang berani berterus terang dengan ibu bapa mengenai apa yang saya rasa dan cuba buat mereka faham situasi saya. Saya sedar mereka mahukan terbaik untuk anak-anak dan saya juga sudah tentukan mahukan terbaik untuk diri sendiri," katanya.


Kaedah terbukti di luar negara namun tak dipakai di Malaysia


Kaedah intervensi kendiri untuk mengawal emosi serta menguasai mental dinamakan latihan kemahiran mental atau mental skills training boleh dilakukan mereka yang berdepan masalah kesihatan mental.


Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Inklusif) Hal Ehwal Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr Nurwina Anuar berkata, kaedah itu dicipta khusus bagi mereka yang mahu mencuba alternatif atau mungkin digunakan sementara menunggu temujanji rawatan dan sesi kaunseling.


"Ia diadaptasi daripada kaedah psikologi sukan yang banyak membantu atlet berprestasi tinggi untuk mendepani tekanan mental yang tinggi selain harapan kemenangan daripada pelbagai pihak.


"Berdasarkan teori psikologi imejan (imagery), teori bio-informational yang diperkenalkan oleh ahli psikologi terkenal, PJ Lang pada 1977 menyatakan teknik imejan membabitkan pengaktifan kod ingatan jangka panjang menggunakan simulasi dan respon.


"Ini bermaksud, apa saja difikirkan, dirasakan dan dilakukan akan memberikan rangsangan dan respon sama dengan apa saja yang dibayangkan. Teknik boleh dilakukan pada bila-bila masa dan di mana saja, hanya menggunakan mental ia dapat memberikan kesan positif jangka masa panjang," katanya.


Menjelaskan lanjut beliau berkata, teknik itu banyak digunakan oleh atlet sukan antarabangsa, tetapi masih asing di Malaysia walaupun dalam kalangan atlet tempatan.


"Saya ada strategi dan panduan lengkap menggunakan teknik ini dengan betul, dan penulisan tinjauan sistematik terbaru saya juga membuktikan kajian luar negara antaranya United Kingdom (UK), Romania, dan Pakistan, sebanyak 80 peratus daripada kajian menunjukkan pengurangan simptom depresi dan 100 peratus menunjukkan efek positif dalam kehidupan," katanya.


Dr Nurwina berkata, langkah melakukan teknik latihan itu disusun, dimudahkan dan disesuaikan keadaan untuk membantu mereka yang memerlukan rawatan mental. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2023 12:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Orang dulu2 pun bukan mcmtu ke
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2023 03:24 PM | Show all posts
amatlah benar

Antara contoh paling sadis ialah hantar anak masuk tahfiz suruh hafal quran sedangkan mak bapak enjoy membirah. Sudahnya budak tu protes dalam diam. Kisah benar.

Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2023 05:22 PM | Show all posts
TT mengata anak2 ungkasawan ke?
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2023 05:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Kitty_catz replied at 20-12-2023 05:22 PM
TT mengata anak2 ungkasawan ke?

Tapi tgk anak dia .. aku yg stresss.. si tasha dpt no 2 renang pun nangis.. ayoyooo . Anak murid aku dpr no last relaks relaks jee.. hidup ni enjoy sudahlaa
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2023 05:35 PM | Show all posts
Well..setiap zaman ada priority & pressure masing2. Just because sekarang ni ada access pada maklumat, record semua tu seolah2 zaman skrg ni paling mencabar sekali. Zaman dulu2 semuanya berkejaran riang ria ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-12-2023 06:06 PM | Show all posts
Buritan replied at 20-12-2023 05:30 PM
Tapi tgk anak dia .. aku yg stresss.. si tasha dpt no 2 renang pun nangis.. ayoyooo . Anak murid a ...


ha tu lah tu..  mak pak punhcaaa,,, esok2 anak depresss terjun lombong salahkan siapa?

ritu ternampak tiktok anto ank heols yg sulung pi short course kat oxpot... gamak terasa kena cerca ngan acik2 porem ritu kut ... setakat paid course kat oxport ke cambrige ke memana tu , janji beru-wang je muleh jah join... ungka ingat acik2 kat sini terkesima kuttt



ungka kut boleh smua nak dicontent kan.. lepas ni heols nak juai kismis minda pulak gamak
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2023 08:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Cuti 2mggu ni
Ngaji 5x sehari 1 muka surat lps solat
Pastu kelas tambahan dgn aku 2x shari 1jam 1sesi.
5-7 main kt tanah
Magribisyak solat kt surau
9 main hp sampai 12..takde live ke anak2 aku tertekan ke diorang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2023 09:31 PM From the mobile phone | Show all posts
anak i sorang kat sbp
sorang kat sekolah seni

yang kat sbp tu i cuma minta dia maintain kedudukan 1/3 dalam tingkatan. satu form ada 170. dapat no 60 pun takpe.

i nak dia sekolah sbp sebab i nak dia ada dalam circle yang cemerlang. boleh jadi semangat dia nak cemerlang juga.

yang kat sekolah seni pula memang i nampak enjoying life je.
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2023 09:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by cm_vungtau at 20-12-2023 10:13 PM
Kitty_catz replied at 20-12-2023 06:06 PM
ha tu lah tu..  mak pak punhcaaa,,, esok2 anak depresss terjun lombong salahkan siapa?

ritu ter ...


Tu ler sis kitty. Macam la kita tak tahu kan proses nak masuk Oxpord tu cemana.
I ternampak video cringe dia tu. Dah banyak kali bagitau fesbuk I am not interested, tapi masih keluar gak muka dia.
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2023 09:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu aku kalau dpt nombor corot dlm kelas terasa amatlah terguris reputasi diri sendiri yach… but parents aku tak pnah la beria2 push anak2 hal study, dah takleh buat rasa takat tu je mampu bagi takpelah life goes on cuba lg next year..
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2023 10:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Kitty_catz replied at 20-12-2023 06:06 PM
ha tu lah tu..  mak pak punhcaaa,,, esok2 anak depresss terjun lombong salahkan siapa?

ritu ter ...

Ooo kisahnyaaa.. aku ingat sbb oxpord pilih sbb anak dia pandai bebeno..
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2023 10:04 PM From the mobile phone | Show all posts
fefeeling replied at 20-12-2023 09:55 PM
Dulu aku kalau dpt nombor corot dlm kelas terasa amatlah terguris reputasi diri sendiri yach… but p ...

Dulu aku selalu tekan diri utk struggle belajo and now baru aku nmpk belajo itu penting tp tekan sgt takkkkk bagusss . Laa ni aku mmg selalu suruh anak aku enjoy belajooo..
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2023 10:17 PM | Show all posts
Kitty_catz replied at 20-12-2023 05:22 PM
TT mengata anak2 ungkasawan ke?

ungkasawan?? hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2023 11:02 PM From the mobile phone | Show all posts
cm_vungtau replied at 20-12-2023 09:49 PM
Tu ler sis kitty. Macam la kita tak tahu kan proses nak masuk Oxpord tu cemana.
I ternampak video  ...

uols tk pnh jumpa ke tt ank sulong dia..aritu aku jumpa kan main geletis minat retis k pop..gamak dia pun mcm bdk lain mak bpk yg lebih,pastu ada gak posting mcm mngarah pada protes ...tpkan pelik lak bkn ungaswan tk bg ank ada hp ke main medsoc ,cmne ada lak
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2023 11:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Iya.

Memang merisaukan.

Tapi yang tak pedulik lansung pasal akademik tu pun sama merisaukan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2023 11:07 PM From the mobile phone | Show all posts
biskutsusu replied at 20-12-2023 01:31 PM
anak i sorang kat sbp
sorang kat sekolah seni


Bestnya dapat masuk sekolah seni...Aiols prefer sekolah seni berbanding SBP.
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2023 11:07 AM | Show all posts
cm_vungtau replied at 20-12-2023 09:49 PM
Tu ler sis kitty. Macam la kita tak tahu kan proses nak masuk Oxpord tu cemana.
I ternampak video  ...

haaa kannnn, hanya yg tawu je tawuuuuuu sis

jgn sok budak tu tak dapat masuk MIT ka stanford ka Oxport ka cambridge ka anak terjun lombong sekali ngan mak pak nyehh naaaaa

masuk short courses vs applying for undergrad studies tu cam langit ngan bumbung yach... ungka ingat semer level ungka kut


Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2023 11:10 AM | Show all posts
mak pak pun bukannya bagus sangat pun...kalau bagus, knp bercerai berai?

ramai janda2 dlm porum ni...cuba jawab soalan saya
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2023 11:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Budak sekarang asal tak dapat buat jer depress ehhhh nyampah lah. Lembik bebeno. Dah mmg hidup ini penuh cabaran. Hadap ajer lah. Mak pak nak ko blajar tinggi supaya ada lah jugak bekalan masa depan dan tak mnyusahkan org tuo.

Sikit2 stress ehhhh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 10:26 PM GMT+8 , Processed in 0.575368 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list