View: 17588|Reply: 28
|
Lelaki Terjun Jambatan Penang Lepas Tetak Wanita Sampai Mati, Polis Dedah Hubungan Suspek Dan Mangsa
[Copy link]
|
|
BUTTERWORTH: Semalam, gempar kejadian seorang wanita maut dipercayai akibat ditetak dengan parang oleh seorang lelaki di hadapan sebuah premis di Jalan Raja Uda, di sini.
Mangsa dalam insiden kira-kira jam 11.10 pagi itu berusia 42 tahun, parah di belakang leher dan bahu dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) sebelum dilaporkan meninggal dunia kira-kira 50 minit kemudian, manakala suspek pula berusia 29 tahun.
Lelaki berkenaan kemudian menunggang motosikal sambil dikejar oleh orang ramai yang menyedari kejadian, selepas itu bertindak terjun dari Jambatan Pulau Pinang, tetapi berjaya diselamatkan nelayan sebelum diserahkan kepada polis dan kini menerima rawatan di hospital.
Foto: Berita Harian
Kejadian terbabit yang berjaya dirakam kamera litar tertutup ( CCTV) di kawasan berhampiran hingga tular di media sosial, mengundang reaksi warganet, termasuk pelbagai andaian berkait identiti mangsa dan suspek.
Identiti mangsa dikenal pasti polis yang hari ini memaklumkan, wanita yang maut itu sebenarnya mempunyai hubungan kekeluargaan dengan suspek.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Mohd Asri Shafie, berkata siasatan mendapati mangsa adalah ibu saudara lelaki berusia 29 tahun berkenaan yang kini masih menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP).
"Kita menahan reman suspek di hospital terbabit. Setakat ini siasatan mendapati si mati adalah ibu saudara suspek. Polis masih menyiasat motif suspek menetak mangsa," katanya ketika dihubungi menerusi Aplikasi WhatsApp. -CARI
Sumber: Berita Harian |
|
|
|
|
|
|
|
biasa fam related kalau tetak menetak ni dadah je lah. kalau gaduh sebab mulut makcik hangsuang bertumbuk je ehh tapi ada juga kena tikam sebab mulut jahat. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Bihungoreng at 20-12-2023 06:53 PM
seram ye tgk video kena tetak tu. kawan dia sampai tergamam tengok je. i pon tak faham reaksi kawan dia tu. biasa org lari kan takut kena tetak sekali. mungkin kawan tu kenal penetak ke tah la.. eii ngeriii.. katenya yg menetak tu boipreng mangsa..
Edit i tak sure yeke gepreng. Sebab baca komen video tu kata gepreng |
|
|
|
|
|
|
|
Hari2 kes bunuh..nak kena pkp balik baru reda kot |
|
|
|
|
|
|
|
Bihungoreng replied at 20-12-2023 03:36 PM
seram ye tgk video kena tetak tu. kawan dia sampai tergamam tengok je. i pon tak faham reaksi kawan ...
Maksudnya dia bercintun dengan mak sedara dia sendiri sissy? |
|
|
|
|
|
|
|
seram tgk bideo tu...nampak dia libas kuat |
|
|
|
|
|
|
|
x sanggup nk tgk video. cuma nk tau knp dia tetak makcik dia? |
|
|
|
|
|
|
|
lagi kes lelaki tetak pompuan...mkn dadah ke jantan2 ni smua..suke2 je bunuh org |
|
|
|
|
|
|
|
grouper replied at 20-12-2023 03:54 PM
Hari2 kes bunuh..nak kena pkp balik baru reda kot
TERFIKIRKAH mengapa virus itu 'DIHANTAR BALIK'???(ke Msia) |
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 20-12-2023 04:37 PM
Cinta terlarang?
mak sedara x timer cinta ank buah???... |
|
|
|
|
|
|
|
Bihungoreng replied at 20-12-2023 03:36 PM
seram ye tgk video kena tetak tu. kawan dia sampai tergamam tengok je. i pon tak faham reaksi kawan ...
You tgk mana bidoe tu?. |
|
|
|
|
|
|
|
Lily_Elizabeth_ replied at 20-12-2023 05:43 PM
You tgk mana bidoe tu?.
Tgk dkt telegram group info semasa |
|
|
|
|
|
|
|
pooh~key replied at 20-12-2023 04:06 PM
Maksudnya dia bercintun dengan mak sedara dia sendiri sissy?
Tah la.. i baca yg komen dlm video tu.. sori kalu salah info |
|
|
|
|
|
|
|
Ni kes kt Penang yg satu lg kes kt Klang, semuanya pakat tetak mangsa smp mati. Dlm bbrp minggu ni lps satu kes ke satu kes semuanya membunuh, apa nk jdlah |
|
|
|
|
|
|
|
Geng pancing dah tarik masuk bot,dia terjun lagi sekali.last2 kena ikat tangan. |
|
|
|
|
|
|
|
Bukab bwrcinta dgn mak sedara tapi dgn anak mak sedara tu, mak sedara larang.. Ditetaknye mak sedara |
|
|
|
|
|
|
|
Kompom Cina. Tgk dressing dlm video tetak menetak tu obvious sgt |
|
|
|
|
|
|
| |
|