View: 8375|Reply: 9
|
Berang Lambat Buatkan Air Teh, Suami Tikam 15 Kali Dan Penggal Kepala Isteri
[Copy link]
|
|
Seorang lelaki didakwa memenggal kepala isterinya menggunakan pedang.
Suspek didakwa melakukan perbuatan itu selepas berang dalam satu pertengkaran membabitkan minuman teh.
Suspek dipercayai melancarkan serangan itu selepas isterinya lewat membawakan secawan teh kepadanya.
Suspek, Foto: CEN
Tragedi berdarah berlaku di kediaman pasangan itu di Faljagadh, di Uttar Pradesh, India, menyaksikan suspek menikam mangsa berusia 50 tahun berulang kali.
Suspek, yang bekerja sebagai penjual sayur-sayuran, didakwa menikam isterinya sebanyak 15 kali dengan pedang sebelum memenggal kepalanya selepas pasangan itu bertengkar.
Media tempatan melaporkan suspek berang kerana lama menunggu minuman panasnya sebelum bergaduh dengan isterinya.
Ketika kejadian, anak lelaki pasangan itu dilaporkan mendengar jeritan mangsa dan bergegas untuk melihat perkara itu, namun bapanya didakwa menyerangnya juga.
Mangsa, Foto: CEN
Penduduk kampung turut mendengar jeritan dan berlari ke rumah pasangan itu. Bagaimanapun, mereka mendapati mangsa sudah mati dan terbaring berlumuran darah ketika tiba di lokasi kejadian.
Asisten Komisioner Polis Gyan Prakash Rai berkata, pasangan suami isteri itu bergaduh kerana minuman teh.
"Suspek kemudian mengeluarkan senjata tajam dan memenggal leher mangsa dari belakang, yang menyebabkan kematian serta-merta," katanya.
Polis kini sedang menjalankan siasatan. -CARI
Sumber: mStar/ Daily Star |
|
|
|
|
|
|
|
pasal teh je pun smpai nk berbunuhan...sian bini tu smpai akhir hayat jd hamba laki
rosak mental manusia zmn skrg |
|
|
|
|
|
|
|
bencinya org panas baran[em:6:] |
|
|
|
|
|
|
|
Pasal belacan itu pun kamu nak pancung dia ke? |
|
|
|
|
|
|
|
So now dia dh mati, ko pegi la buat teh tu sendiri....jantan bodoh |
|
|
|
|
|
|
|
Uttar pradesh ni ramai betul suka bunuh2 psl hal kecik. Asal baca berita je, uttar pradesh |
|
|
|
|
|
|
|
Sapa plk banhammer kt atas nih....... |
|
|
|
|
|
|
| |
|