CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8861|Reply: 13

Pelajar Biadab Samakan Muka Cikgu Dengan Suspek Kes Bunuh Zaharif!

[Copy link]
Post time 21-12-2023 09:39 AM | Show all posts |Read mode
Seorang guru dikenali sebagai Muhd Nur Halim atau Sir Halim dalam kalangan pelajarnya yang selama ini disenangi ramai kerana memiliki perwatakan santai dan kelakar berubah tegas kerana gurauan kasar.


Menerusi satu sesi pembelajaran secara dalam talian, Halim dilihat terganggu dengan komen seorang pelajar yang mengaitkan wajahnya dengan suspek yang didakwa di mahkamah berhubung kes kematian seorang pelajar Tingkatan 5 baru-baru ini.


“Sir macam pegawai yang (didakwa) langgar budak SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) tu,” demikian tulis pelajar berkenaan di ruangan komen dan kemudian dibaca Halim.










Dengan reaksi wajah terkejut, Halim cuba mencari semula komen remaja berkenaan ketika bersiaran langsung.


“Macam inilah abang, kakak... boleh saya nak cakap sesuatu? Kelas dah berjalan selama 30 minit. Apa yang saya nak beritahu kat sini adalah benda yang paling penting tentang hormat.


“Bagi saya, penghormatan adalah sesuatu yang diperolehi dan bukannya diberikan. Kita ada ramai pelajar yang bersama dengan kita (sekarang),” katanya yang merupakan tutor mata pelajaran Sejarah dan Geografi.


Disebabkan mulut pelajar itu yang celupar, guru tersebut cuba menyampaikan sesuatu peringatan dengan maksud yang amat mendalam, namun menginsafkan.


“Saya jenis yang tak takut untuk sebut nama pelajar. (Tapi) saya takut apabila sebut nama awak... nanti masuk kelas Tingkatan 4, tiba-tiba ada orang cakap ‘eh bukan kau ke yang kena marah?’.


“Jadi kalau kena macam tu nanti, takut awak malu dan pada ketika itu saya dah tak kisah apa dah. Nanti apabila awak malu, akan tertekan.


“Apabila awak tertekan, akan tak belajar. Lepas tu awak akan anxiety. Akhirnya nanti awak akan meninggal dunia sebagai seorang yang gagal,” ujarnya.


Guru itu kemudian mengajukan soalan kepada pelajar berkenaan susulan sikap biadab yang dilakukan secara terang-terang di hadapan pelajar lain dalam sesi pembelajaran itu.


“Berbaloi ke untuk tidak menghormati saya? Itu je. Jika rasa berbaloi, teruskan,” katanya lagi.


Di ruangan komen, rata-rata netizen turut mengecam tindakan pelajar berkenaan yang tidak menghormati guru terutama ketika sesi pembelajaran.


Pada masa sama, ramai yang memuji sikap rasional guru tersebut yang cuba memberi nasihat dan pengajaran dengan cara yang meninggalkan kesan mendalam.


“Sir tu kelakar sangat tau. Tapi sekali sir tegur atau marah, memang takut.


“Syabas sir... gurau tak kena tempat. Kita dulu gurau dengan cikgu fikir 100 kali kot memang tak berani.


“Masa belajar dulu aku nak bergurau dengan guru pun tak berani.


“Wow balas dengan deep (mendalam) dengan cara yang baik. Bagus sir.


“Bagus cara sir ni. Walaupun tengah geram, dia tahu nak keluarkan bahasa rasional lagi siap ada kesan lagi,” demikian antara komen netizen.


Terdahulu, dilaporkan calon SPM, Allahyarham Muhammad Zaharif Affendi maut selepas didakwa dilanggar pegawai kanan polis berdekatan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati, Meru, pada 15 Disember lalu.


Sebelum kejadian, konflik dikatakan tercetus antara pegawai kanan polis berkenaan dan mangsa susulan tindakan remaja tersebut membuat bunyi bising menggunakan ekzos motosikalnya.


Laporan bedah siasat mendapati punca kematian mangsa adalah disebabkan kecederaan di bahagian dada dan abdomen akibat kemalangan jalan raya.


Pegawai kanan polis berusia 44 tahun itu pada Isnin lalu dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh, atas tuduhan membunuh dan mahkamah menetapkan 7 Februari 2024 bagi sebutan semula kes. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-12-2023 09:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Kurangkan bergurau atau cakap benda lagho biar orang segam dan hormat kita.

Lagi lagi gurau bugh3t perempuan, kon3k lelaki..takde orang nak hormat, diorg minta pinjam duit lagi ada
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2023 12:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Kena cakap camtu ja pon terus membebel panjang. Kalau kena cakap muka macam Fattah Amin mesti gembira tersipu2 malu maluin.
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2023 02:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Halah..halah..halahhhhhhh..
Demi secebis limelight tonggeng kes nih xkira angle.
Yih.
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2023 03:45 PM From the mobile phone | Show all posts
sabor cikgu..sabor..cikgu tengh berdepan ngn bbnu tu...sedang kan cikgu rose yg ngajor rentua pon...voleh pening....
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2023 04:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Sapa tak hangin disamakan dgn pembunuh, cuba dgn retis korea ke
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-12-2023 07:25 AM | Show all posts
I thought Sir tak boleh digunakan sewenang2nya? bukan sir tu title utk British citizen yang dapat knighthood from UK Monarch ke? I ada tengok video kt TT untuk lelaki yg jadi pengajar, cikgu or lecturer etc cukup panggil dengan panggilan Mr je if nak hormat..mcm Mr Halim, Mr Daud..
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2023 07:59 AM | Show all posts
Soon percayalah org makin meluat tengok terpaling sir ni plak..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2023 09:21 AM | Show all posts
cepat sentap mcm bapok....
kalau dia tgh drive, student tu tanya mcm tu, mau dia langgar budak tu
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2023 09:44 AM | Show all posts
E'eleh . Cakap muka sama pun sntap ke ?? Zaman sekolah dulu aku ada kawan nama Izatti muka  macam nak sama dengan arwah mona fendey sampai orang panggil dia' izatti mona fendey ' tapi dia rilek je ...muka sama tak semesti perangai sama . Muka tu tak salah sebab itu ciptaan tuhan , perangai tu yang jangan ikut . Polis yg langgar budak tu muka bukannya hodoh sangat  pun ..Lagi satu , betul jugak ye gelaran 'sir' ni patutnya bukan boleh guna sebarangan , kalau dekat Britain tu dia macam title 'datuk' macam tu kan . Lelaki biasa guna 'Mr' je ..
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2024 02:39 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2024 07:09 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2024 07:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Dlm gmbr 1st tu mcm dia tunjuk middle finger jerr
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2024 04:06 AM | Show all posts
Do you want me to?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 10:15 PM GMT+8 , Processed in 0.172855 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list