Edited by JoyahMengayah at 31-5-2024 03:31 PM
Menerusi hantaran tersebut, isteri kepada penyanyi Cat Farish itu dilihat memuat naik tangkap layar memaparkan komen yang ditulis seorang individu yang menggunakan akaun palsu.
Dah tahu muka hodoh, baik kau bertudung lah betina.
Tidak berdiam diri, usahawan berusia 40 tahun itu memaklumkan bahawa dirinya bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap individu berkenaan.
Tak tahulah apa yang individu ini marahkan sangat, I had enough dengan orang yang nak buli saya.
Tunggu saya ke Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk buat report ya.
Orang macam ini, tunggu surat saman, ingat polis tak boleh detect ke awak siapa?
Sekadar info, selepas beberapa bulan bermain cinta, Shikin dan Cat sah bergelar pasangan suami isteri dengan sekali lafaz dalam satu majlis yang diadakan pada Julai lalu.
Untuk rekod, Shikin pernah mendirikan rumah tangga dengan Chef Riz yang juga anak kepada Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan pada 5 Disember 2014, tetapi bercerai pada Jun 2016.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Putri Arianna. Shikin kemudian berkahwin buat kali kedua pada Mac 2020, namun, berpisah selepas dua tahun.
Manakala Cat sebelum ini berkahwin dengan Suriani Hassan, 37, pada November 2020 namun sah bercerai pada Januari lalu. Mereka tidak dikurniakan cahaya mata.
Cat kemudian berkahwin sekali lagi dengan Hartiny Ramli dan disahkan bercerai pada April 2016. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga anak iaitu Nia Karlyssa, 15, Eva Latheefa, 13, dan Qul Iskandar, 12.
|