CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7083|Reply: 0

Sainz 'sayang' Ferrari, tuntut lanjutan kontrak

[Copy link]
Post time 23-12-2023 01:18 PM | Show all posts |Read mode

PEMANDU Ferrari, Carlos Sainz meraikan kejayaannya di podium selepas menang GP Singapura di Marina Bay Street Circuit dekat Singapura, September lalu. FOTO AFP

London: Pemandu Ferrari, Carlos Sainz mahu perbincangan mengenai masa depannya bersama pasukan Formula One (F1) itu segara dimuktamadkan sebelum musim baharu perlumbaan F1 bermula tahun depan.

Sebelum ini Ferrari dilaporkan sudah melanjutkan kontrak rakan sepasukannya, Charles Leclerc untuk tempoh lima tahun lagi yang ditandatangani awal bulan ini.

Lantas, Sainz juga mahukan lanjutan kontrak untuk memastikan tumpuannya tidak terjejas bagi mengharungi musim baharu tidak lama lagi.

"Matlamat saya adalah untuk memulakan musim 2024 dengan mengetahui di mana saya akan berlumba pada 2025. Saya tidak mahu memulakan musim ini tanpa mengetahui masa depan saya," katanya pada majlis penajaan di Madrid seperti yang dilaporkan Motorsport.com.


Sainz, 29, menamatkan GP F1 musim 2023 di tangga ketujuh dengan mengumpul 200 mata secara keseluruhan, sambil akui lebih gembira untuk kekal bersama Ferrari.

"Keutamaan saya adalah untuk kekal di Ferrari untuk beberapa tahun lagi. Saya sangat gembira, kedua-dua pihak (dia dan pengurusan pasukan) sangat gembira dan objektifnya adalah untuk diteruskan.

"Kini mempunyai tiga bulan lagi sebelum musim baharu bermula. Jelas sekali saya mahu memperbaharui dan saya mahu kontrak lebih daripada satu tahun, bukan hanya dua tahun.

"Anda tahu niat saya dan secara jujur, saya rasa sangat dihargai oleh seluruh keluarga Ferrari dan saya rasa disayangi," katanya.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ut-lanjutan-kontrak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:07 PM GMT+8 , Processed in 0.127647 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list