CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 28111|Reply: 0

Litar Jasin Bestari buka tirai Kejuaraan Cub Prix 2024

[Copy link]
Post time 23-12-2023 05:42 PM | Show all posts |Read mode

Barisan pelumba Cub Prix yang menang saingan kategori masing-masing musim ini.

KUALA LUMPUR: Kalendar Kejuaraan Cub Prix Malaysia 2024 menyaksikan 10 pusingan bakal berlangsung dengan saingan pembuka tirai dijadual bermula di Litar Jasin Bestari, Melaka pada Mac depan.

Pengumuman rasmi mengenai kalendar 2024 itu dimaklumkan promoter kejuaraan, Safe Aim Mutual (SAM) dengan pengarah promosinya, Ron Hogg menyatakan, edisi tahun ini membuktikan satu pencapaian bermakna buat mereka.

Katanya, tahun 2023 menandakan usaha mereka selama tiga dekad dalam pembinaan dan pembangunan sukan permotoran dua roda di peringkat nasional membuahkan hasil dan pengalaman itu akan digunakan untuk membangunkan sukan berkenaan.

"Berdasarkan pengalaman yang ditimba, kami akan mara ke musim seterusnya dengan matlamat untuk menaikkan lagi taraf sukan permotoran ini supaya bakat tempatan kita mempunyai peluang untuk bersaing dengan lebih kompetitif bukan sahaja di peringkat nasional malah di peringkat antarabangsa.



"Pelbagai inisiatif sudah pun dirancang untuk musim akan datang dan kami berharap ia akan membangkitkan kesedaran dalam kalangan generasi muda untuk lebih mengenali dan memahami sukan permotoran ini. Kami juga berharap bahawa usaha kami ini, akan membuka jalan kepada mereka yang berminat untuk menceburi sukan ini.

"Pencapaian kami sudah pasti tidak sampai sekiranya bukan kerana langkah teratur dan kerjasama daripada pihak penaja Cub Prix terutamanya PETRONAS dan semua pihak lain yang terbabit secara langsung dan tidak langsung dalam mengecapi misi bersama ini," kata Ron dalam satu kenyataan.

Musim 2023 melabuhkan tirainya di pekarangan Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang pada November lalu menyaksikan gelaran juara keseluruhan kelas utama CP150 menjadi milik pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ Racing, Akid Aziz.

Pasukan CKJ Racing turut meraih penamat musim cemerlang apabila seorang lagi pelumbanya dalam kelas berkenaan, Ahmad Afif Amran muncul sebagai naib juara keseluruhan selepas tercicir 32 mata di belakang rakan sepasukannya itu.

Info Kalendar 2024

    Pusingan 1 (2-3 Mac): Jasin Bestari, Melaka

    Pusingan 2 (4-5 Mei): Litar Lumba Tangkak, Johor

    Pusingan 3 (1-2 Jun): Litar Antarabangsa Sepang Utara, Selangor

    Pusingan 4 (29-30 Jun): Stadium Mini Teluk Intan, Perak

    Pusingan 5 (20-21 Julai): Litar Antarabangsa Sepang Selatan, Selangor

    Pusingan 6 (9-10 Ogos): Litar Permotoran Terengganu

    Pusingan 7 (31 Ogos-1 September): Litar Lumba Tangkak, Johor

    Pusingan 8 (28-29 September): Dataran Seri Jempol, Negeri Sembilan

    Pusingan 9 (8-9 November): Bandar Medini Iskandar, Johor

    Pusingan 10 (23-24 November): Stadium Negeri Pulau Pinang

https://www.bharian.com.my/sukan ... araan-cub-prix-2024
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:36 PM GMT+8 , Processed in 0.290102 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list