CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8148|Reply: 0

Eogene tekad balas kepercayaan

[Copy link]
Post time 24-12-2023 08:40 AM | Show all posts |Read mode
Eogene tekad balas kepercayaan


EOGENE Ewe (kanan) menjuarai kategori perseorangan lelaki pada kejohanan Cabaran Antarabangsa Remaja Malaysia di Perlis kelmarin. FOTO FB Persatuan Badminton Malaysia


Kuala Lumpur: Pemain muda badminton negara, Eogene Ewe Eon berazam untuk membalas kembali kepercayaan kepada barisan jurulatih selepas dirinya ditempatkan bersama pemain utama dalam Kumpulan A di Akademi Badminton Malaysia (ABM).

Jelasnya, dia yang berada di kedudukan ke-319 dunia ketika ini tidak mahu mempersiakan peluang berkenaan dan akan memberikan aksi terbaik dalam setiap kejohanan yang disertai dan akan berusaha menempatkan diri dalam kelompok 60 terbaik dunia bagi tahun 2024 nanti.

"Selepas dipilih ke skuad senior dan diletakkan dalam kumpulan A, saya yakin tahun hadapan lebih baik buat saya kerana akan dapat beraksi di banyak kejohanan senior.

"Saya sasarkan untuk mula bermain dalam kejohanan Jelajah Dunia Super 500 dan 750, jadi saya perlu naikkan ranking terlebih dahulu,"katanya.

Tambah Eogene, dia akan beri fokus kepada kekuatan fizikal dirinya dengan cara menaikkan keupayaan kepada tahap maksimum kerana ia mampu mempengaruhi corak permainan di dalam gelanggang.

"Saya rasa memiliki fizikal yang bagus amat penting kerana kejohanan boleh dikatakan setiap minggu ada, jika tidak ada kekuatan fizikal amat sukan.

"Saya lihat Ng Tze Yong sendiri, dia tahu apa yang diperlukan seperti kelemahan pada pergerakan jadi dia memperkuatkan fizikal terutamanya di bahagian bawah badan,"katanya.

Untuk rekod, pencapaian terbaik dirinya sepanjang tahun 2023 adalah dengan muncul juara Cabaran Antarabangsa Remaja Malaysia pada September lalu dan naib juara Kejohanan Remaja Terbuka Jerman di Berlin, Mac lalu.

Terdahulu, Arena Metro melaporkan ABM membahagikan pemain perseorangan lelaki kepada dua Kumpulan A yang terdiri daripada Ng Tze Yong, Aidil Sholeh Ali Sadikin, Leong Jun Hao, Justin Hoh dan Eogene Ewe.

Sementara pemain yang berada di Kumpulan B terdiri daripada Shaqeem Eiman Shahyar, Chua Kim Sheng, Ong Ken Yon, Ong Zhen Yi dan Jacky Kok.


Sumber:https://www.hmetro.com.my/arena/ ... d-balas-kepercayaan

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
eCurve Bakal Dirobohkan Untuk Beri Laluan Kepada Projeka Apartmen Mewah.Anda teruja?
YgBenareCurve Bakal Dirobohkan Untuk Beri Lalua
Views : 8165 Replies : 49
Klinik Kesihatan Dipenuhi Warga Rohingya.Netizen panas hati
YgBenarKlinik Kesihatan Dipenuhi Warga Rohingya
Views : 19705 Replies : 27
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 16473 Replies : 432
Darsa Fried Chicken minta maaf berhubung komen rasis terhadap 'type C'
AbahmungDarsa Fried Chicken minta maaf berhubung
Views : 8227 Replies : 106
Lagi pokok tumbang menghempap kenderaan di Jalan Pinang, hadapan Kuwait Bank, di sini, hari ini hampir mengenai kenderaan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh.
YgBenarLagi pokok tumbang menghempap kenderaan
Views : 1914 Replies : 5
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 107050 Replies : 1547
Dato Seri Mahadi 34 tahun
akumakDato Seri Mahadi 34 tahun
Views : 105606 Replies : 133
Penduduk imbau nostalgia lebih 20 tahun bangunan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP)
ultra78Penduduk imbau nostalgia lebih 20 tahun
Views : 7756 Replies : 6
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 61567 Replies : 2848

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 07:59 PM GMT+8 , Processed in 0.457121 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list