CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 33828|Reply: 0

[SEJARAH] Siapa Sebenarnya Haji Taib?

[Copy link]
Post time 25-12-2023 05:53 PM | Show all posts |Read mode
Siapa Sebenarnya Haji Taib?


Lorong Haji Taib, terkenal di Kuala Lumpur sebagai tempat manusia jadi-jadian, gelap dan penuh aktiviti tidak bermoral. Orang Kuala Lumpur sendiri mesti tak asing lagi dengan nama lorong ni.


Tapi kesian sebenarnya, kenapalah nama lorong ni dinamakan atas nama tokoh yang berjasa kepada Kuala Lumpur.



Balik kepada persoalan tadi, siapa sebenarnya Haji Taib?


Haji Taib atau nama sebenarnya Haji Mohamed Taib bin Haji Abdul Samad ialah seorang pedagang dari Batu Sangkar, Bukittinggi, Sumatera Barat yang berketurunan Minangkabau. Lahir pada 1858 dan meninggal dunia pada tahun 1925.


Pada tahun 1876 ketika berusia 18 tahun, beliau berhijrah ke Kuala Lumpur. Kebanyakan perantau Minang yang berdagang di Kuala Lumpur pada tahun 1880-an mengusahakan perniagaan runcit terutama membuka kedai. Terdapat juga sebilangan kecil yang mengusahakan perusahaan seperti Haji Taib melaburkan modal perniagaannya dalam bidang perlombongan, perkebunan dan perdagangan.



Sejarah kejayaan perniagaan Haji

Taib bermula sebagai seorang pedagang barang perhiasan yang berjaya di Selangor.



Sejauh mana kekayaan Haji Taib ni?


Beliau memiliki lombong biji timah, tanah ladang, sejumlah rumah besar serta kedai di Malay Street dan di beberapa kawasan disekitar Kuala Lumpur. Beliau ada jugak tanah seluas 25 ekar untuk perlombongan di Semenyih


Keluarga Haji Taib memiliki hartanah berhampiran Kelab Diraja Selangor, sepanjang Jalan Gombak hingga Jalan Ipoh dan Kampung Baru menjadikan Haji Taib sebagai individu terkaya pada waktu itu.


Perniagaan Haji Mohamed Taib terletak di No. 27, Jalan Pudu, Kuala Lumpur. Beliau ada 10 orang anak, enam orang lelaki dan empat orang perempuan. Kesemua anak lelakinya dididik dalam bidang perdagangan dan membantunya menjalankan aktiviti perdagangan.


Hasil dari perniagaannya beliau

beberapa kali menunaikan haji bersama dengan keluarganya dan membuka cawangan perniagaannya di tanah tumpah darahnya di Minangkabau.


Pada tahun 1896, Haji Taib telah bawa anakanaknya, iaitu Haji Abdullah bin Haji Mohamed Taib dan Haji Ahmad bin Haji Mohamed Taib ke Kampung Rao-Rao (Kampung Rawa-Rawa) iaitu sebuah perkampungan para peniaga di Sumatera iaitu tempat Haji Taib bin Haji Abdul Samad membesar.


Beliau merupakan kenalan rapat Sultan Selangor ketika itu, Sultan Abdul Samad.


Saudaranya, Haji Abbas bin Haji Abdul Samad, juga dianggap sebagai pedagang terkemuka di Kuala Lumpur dan sekitarnya.


Haji Taib merupakan tokoh pembangunan dan tokoh sejarah yang terlibat di dalam pembukaan Kuala Lumpur dan Kampung Baru banyak meninggalkan jasa kepada komuniti Melayu.


Setelah beliau meninggal dunia pada tahun 1925, legasi perniagaan Haji Taib diteruskan oleh 10 orang anak beliau yang juga mahir dalam perniagaan sehingga membuka beberapa cawangan perniagaan di negeri kelahiran bapanya di Sumatera.


Sekarang, kawasan Lorong Haji Taib nampak lebih hidup dengan aktiviti lain terutama perniagaan termasuk restoran, kedai runcit dan lain-lain.



Oleh: Azizul Farhan





Azizul Farhan
FacebookTwitter
Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Sumber:https://thepatriots.asia/siapa-sebenarnya-haji-taib/


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:15 AM GMT+8 , Processed in 0.197690 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list