CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 14166|Reply: 44

[Tempatan] Koloni warga asing 'kuasai' Lembah Klang

[Copy link]
Post time 26-12-2023 07:25 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Sekurang-kurangnya 30 lokasi di sekitar Lembah Klang, ketika ini dikenal pasti menjadi tumpuan koloni warga asing dari pelbagai negara.

Lembah Klang yang terkenal dengan kepesatan pembangunan dan aktiviti perniagaan di bandar-bandar utama, besar, menjadi daya tarikan utama kehadiran warga asing untuk memenuhi keperluan pekerjaan yang terbuka luas untuk golongan itu.

Permintaan tinggi tenaga kerja dalam sektor pembinaan, perkhidmatan dan pembersihan menjadikan warga asing alternatif terbaik bagi majikan menggajikan mereka.
Bagaimanapun, jumlah mereka yang terlalu ramai memberi impak kepada penduduk tempatan apabila mereka mula membina koloni dan mula mendominasi sesuatu kawasan.

DISYORKAN UNTUK ANDA


Tinjauan BH mendapati, kini beberapa kawasan sekitar Lembah Klang menjadi 'perkampungan' beberapa koloni warga asing sehingga menimbulkan rasa kurang senang orang ramai.

Warga Indonesia yang menjadi kelompok warga asing teramai di negara ini, bertaburan di seluruh Lembah Klang dengan kebanyakannya di pusat bandar Kuala Lumpur, Sungai Buloh, Ampang, Selayang, Shah Alam, Kajang, Rawang, Gombak, Puchong dan Klang.

Begitu juga dengan warga Bangladesh banyak kelihatan di Lebuh Ampang, Bukit Bintang dan Cheras Baru, manakala pelarian etnik Rohingya pula tertumpu di Ampang, Gombak dan Seri Kembangan.

Bukan setakat berani membuka perniagaan, malah koloni warga asing ini turut membina kemudahan sendiri seperti surau, kedai runcit, kedai makan dan sekolah, sekali gus membuktikan mereka sudah bertapak lama di Malaysia.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-12-2023 07:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Jangan dilupain warga negara China
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2023 08:03 AM | Show all posts
Ini memang akan berlaku kerana telah jadi polisi kerajaan guna pekerja asing kerana rakyat sendiri tak ramai yg mahu kerja berat. Satu lagi ialah, gaji kecil siapa majikan tak mau, maka atas desakan majikan juga salah satu penyebabnya kerajaan terpaksa beralah..
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2023 08:03 AM | Show all posts

Sekarang ini masyarakat hanya mampu bising tapi memang tak boleh elak dah, tak mahu pekerja asing, maka kita ada trouble untuk teruskan kehidupan sekarang.... sebab apa, kerajaan hanya ada satu dasar utama yang menetapkan halatuju pelajar-pelajar sejak dibangku sekolah lagi, semua pelajar lanjutkan pelajaran sehingga ke uni supaya kerajaan dapat teruskan bisnes yuran uni... mana yg tak dapat, kerajaan lepaskan dan bolehlah gerak sendiri masuk kolej swasta atau kemahiran atas pilihan sendiri..penganggur pun boleh

apa kata sejak selepas tingkatan 3 kerajaan pilih arah kehidupan mereka supaya dapat dilatih jadi pekerja bangunan, pemotong rumput etc, mana-mana yang dapat keputusna teruk,  pisahkan terus sekolah untuk mereka yang berpotensi dlm akademik dengan yang perlu berada pada jalur lain spt kerja guna kemahiran dan tenaga.. wlaaupun ada yang tak mau, tetapi akan ada sebahagian yg akan berada dlm jalur pekerjaan spt itu. .. tp kerajaan hanya dapat wujudkan ini dengan lebih baik sekiranya mereka manage kehidupan mereka dgn lebih baik

Sekarang ini rakyat malaysia perlu berlapang dada dengan apa sahaja kesan pekerja asing yang melambak... jika mereka ramai dan nak wujudkan sesuatu yang mereka perlukan spt sekolah dan kedai maka itu satu tuntutan yang mereka perlulkan... memang mereka perlu kerana kehidupan mereka yang lebih baik  secara mental dan fizikal akan beri kesan kpd produktiviti dan sosial.  

yg lebih baik ialah rakyat malaysia desak kerajaan untuk manage betul-betul orang asing ini spt status mereka, tempat mereka tinggal, etc.. jika ada tindakan dan aduan senangn dan cepat nak urus... dimana mereka perlu berniaga serta prosesnya, do and don't,  lantik juga ketua masyarakat ker untuk dapat urus kehidupan mereka dan tempat mengadu, etc.. mana-nana yg tak ada kerja bolehlah hantar balik terus
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2023 11:27 AM | Show all posts
@Friska masuk statistik...
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2023 11:34 AM From the mobile phone | Show all posts
ninja9 replied at 26-12-2023 08:03 AM
Ini memang akan berlaku kerana telah jadi polisi kerajaan guna pekerja asing kerana rakyat sendiri t ...

ye ke semua warga asing tu semua BEKERJA kt Msia ni???...ramai aku nengok..dh 'PACAK' kedai pon...kt bumi Msia ni.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-12-2023 11:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Skuau at 26-12-2023 11:40 AM

Maka dgn itu...bolehla di lantik TPM dr kalangan warga asing secara bergilir gilir..indon,bangla,nepal,myanmar,rohingya,negro,pilak dll.Maka lengkapla tpm dr semenanjung,sabah,swak dan juga dr kalangan warga asing...Hidup Msia...
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2023 02:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 26-12-2023 11:34 AM
ye ke semua warga asing tu semua BEKERJA kt Msia ni???...ramai aku nengok..dh 'PACAK' kedai pon... ...

Betui..banyak dah depa buka kedai...penguatkuasa @ pbt mcm buta ja..bukan kat ceruk2 pun..banyak kedai kat bandar2 plak tu...lemah betul pbt dan penguatkuasa..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-12-2023 02:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Bakar je kedai atau penempatan dorg
Suka2 main pacak
Kerajaan malaysia kena zalim skit lah
Sampai bila nk lembik
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2023 02:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by B40tastePosh at 26-12-2023 02:47 PM
miss_white replied at 26-12-2023 02:33 PM
Bakar je kedai atau penempatan dorg
Suka2 main pacak
Kerajaan malaysia kena zalim skit lah


Melayu mana pernah serious dan berkeras dah nama pun layu

Dengan sesama spesis Melayu diorg berani lah diorang berkeras dan tunjuk garang serta serious
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2023 04:54 PM From the mobile phone | Show all posts
white_musk replied at 26-12-2023 07:33 AM
Jangan dilupain warga negara China

warga China skrg da maju kaya, gdp per capita dieorg lg tinggi dr malaysia. ramai duk mont kiara, bangsar south. kalu kite pi China, dieorg yg kate kite low class.
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2023 05:14 PM | Show all posts
Tiap2 mlm sabtu atau cuti umum buat operasi rempit. Pukat motor kereta.

Apsal tiap2 mlm Sabtu atau cuti umum x buat pukat PATI dan kedai2 ni.
Katanya tak cukup anggota. Upah je rela atau bagi tauliah sementara 1-2 tahun pada askar2 yg bersara awal tu utk sama2 serbu tempat2 ini.

Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2023 05:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Dorg pun dh xnk keje dgn org la. Dorg nk jd tuan jgk. Cuba xde pati ni. Nak xnak majikan tetap kena upah org kita kita jgk. Klu xmampu, buat sndr je la
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2023 05:54 PM From the mobile phone | Show all posts
B40tastePosh replied at 26-12-2023 07:46 AM
Melayu mana pernah serious dan berkeras dah nama pun layu

Dengan sesama spesis Melayu diorg beran ...

Yg takut tu pak2 menteri bodoh buta tuli tu
Menteri dgn menteri pun dorg takut
Padahal sama level
Rakyat ok je tak takut ye
Nk takut apa ni tanahair kite
Suka hati lah nk buat apa kt dorg
Yg salah kerajaan sebab lembik xzalim
Kalo kerajaan bg kuasa kt rakyat suruh halau pendatang2 ni dh lama settle
Ni dorg yg  bawak masuk pastu buat buta
Rakyat je yg bising2
Skrg baru nmpk ada usaha nk memerangi pendatang secara besar besaran
Xapa lah lambat pun xapa asal kn ada tindakan
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2023 08:21 PM From the mobile phone | Show all posts
kelapaparut replied at 26-12-2023 04:54 PM
warga China skrg da maju kaya, gdp per capita dieorg lg tinggi dr malaysia. ramai duk mont kiara,  ...

awat nk mai duk Msia kalo kita yg low class..duk la kt China sana..
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2023 08:27 PM From the mobile phone | Show all posts
miss_white replied at 26-12-2023 05:54 PM
Yg takut tu pak2 menteri bodoh buta tuli tu
Menteri dgn menteri pun dorg takut
Padahal sama level ...

satgi 'lepas' letew...atau 'dijual' kt mana2 kapitalis..beserta ngn permit sekali dh...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-12-2023 11:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku tak kisah klu yg ada permit ...
Cukup masa dorang akn balik ...
Masalahnya yg tak de permit ni....blh duduk membiak sinu
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2023 11:50 PM From the mobile phone | Show all posts
B40tastePosh replied at 26-12-2023 02:46 PM
Melayu mana pernah serious dan berkeras dah nama pun layu

Dengan sesama spesis Melayu diorg beran ...

Betol. Pastu ujung2 salah cina dgn india conquer ofis.
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2023 11:50 PM From the mobile phone | Show all posts
lurve82 replied at 26-12-2023 05:27 PM
Dorg pun dh xnk keje dgn org la. Dorg nk jd tuan jgk. Cuba xde pati ni. Nak xnak majikan tetap kena  ...

Knp melayu tanak jd majikan?
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2023 09:14 AM From the mobile phone | Show all posts
kedai acheh salah satu bya mendonia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:24 PM GMT+8 , Processed in 0.356801 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list