CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5427|Reply: 0

'Dahulu gemuk, hanya duduk di rumah bermain telefon, belajar'

[Copy link]
Post time 28-12-2023 12:38 PM | Show all posts |Read mode

KUALA LUMPUR: Daripada seorang kanak-kanak yang tidak meminati sukan, nama Muhammad Johan Ghazali Zulfikar'meletup' menerusi pencapaiannya dalam sukan muay thai termasuklah berjaya menjadi atlet tempur termuda menerima tawaran bertarung dalam ONE Championship.

Bagaimana seorang yang tidak meminati sukan tetapi boleh 'jatuh cinta' dengan muay thai?

Berkongsi kisah permulaan dia terbabit dengan sukan muay thai ketika ditemui BH Sukan di Kuching, Sarawak, kelmarin, Johan atau lebih dikenali dengan nama julukan Jojo mendedahkan semuanya adalah dorongan daripada kedua ibu bapanya.

Selepas keluarganya berpindah ke Sarawak pada 2015, Johan, berkata mereka ternampak sebuah pusat latihan muay thai SS Fighters Muay Thai Gym di Kuching dan terus ditanya oleh ibunya sama ada dia berminat untuk mencuba sukan berkenaan.



Katanya, ibu, Jennana Johnson dan bapanya, Zulfikar Ghazali sememangnya sudah membabitkan diri dalam muay thai sebelum itu.



Jojo menjalani latihan di Rentap Muay Thai Gym. - NSTP/Nadim Bokhari

"Sejujurnya sebelum saya sertai muay thai, badan saya gemuk, hanya duduk di rumah bermain telefon dan belajar. Memang tidak bersukan, ada cuba bermain bola sepak, badminton dan softball tetapi memang tak minat.

"Namun, apabila diberi galakkan oleh ibu bapa saya untuk cuba muay thai, saya pun buat keputusan untuk cuba.

"Di SS Fighters Gym jugalah saya mula mengenali jurulatih saya Addy Sipangyak. Pada awalnya, saya sertai muay thai hanya untuk tujuan beriadah sehinggalah jurulatih bertanya jika saya berminat untuk menyertai pertarungan.

"Mula-mula memang saya tidak mahu, tetapi mama (ibu) bagi galakkan untuk cuba. Sejak daripada pertarungan pertama saya itulah, saya jatuh cinta pandang pertama dengan muay thai sehinggalah sekarang," katanya.

Johan dilahirkan di Putrajaya pada 14 November 2006.

Dia mempunyai darah campuran Malaysia melalui bapanya dan Amerika Syarikat melalui ibunya.

Johan adalah anak kedua daripada empat adik beradik.

Adik beradiknya yang lain iaitu abang, Elias Ghazali Zulfikar, Muhammad Mikail Ghazali Zulfikar (adik lelaki) dan Emylia (adik perempuan) turut membabitkan diri secara serius dalam muay thai.

Johan pernah menetap di Kajang, Selangor sebelum dia berpindah ke Sarawak ketika berusia sembilan tahun pada 2015 kerana mengikut bapanya yang juga seorang pegawai kanan polis berpangkat Senior Asisten Komisioner yang kini bertugas sebagai Komandan Pusat Latihan Polis di Kuching.

Dia juga cucu bekas Panglima Angkatan Tentera dan Pengerusi New Straits Times Press, Allahyarham Tan Sri Ghazali Che Mat.

Johan ketika ini adalah atlet yang bernaung di bawah Rentap Muay Thai Gym yang diusahakan sendiri oleh ibunya dan jurulatihnya Addy.

Menurut bekas juara remaja dunia itu, muay thai mengajarnya menjadi seseorang yang mementingkan disiplin baik ketika berada di dalam mahupun di luar gelanggang.

"Apa yang paling membuatkan saya jatuh cinta dengan muay thai adalah ia bukan sukan berpasukan. Kalau saya kalah, saya kalah seorang. Saya tidak boleh salahkan orang lain.

"Selain itu, aura dia berbeza...apabila saya masuk gelanggang, kalau saya tidak bagi dia (lawan), dia bagi saya. Ibarat kill or be kill.

"Namun, saya ingin tegaskan yang ia bukan sukan yang mudah kerana ia memerlukan komitmen dan disiplin yang tinggi untuk kita berjaya. Saya sendiri terpaksa mengorbankan zaman kanak-kanak dan remaja saya demi untuk berjaya dalam muay thai ini," katanya yang fasih dalam bahasa Melayu, Inggeris dan dialek Sarawak selain sedang belajar untuk menguasai bahasa Thai.

Pada Oktober lalu, Johan mencipta sejarah apabila menjadi atlet tempur termuda memperoleh kontrak AS$100,000 (RM463,300) dengan ONE Championship Thailand selepas melakar empat kemenangan berturut-turut dalam pertarungan Road to ONE Championship.


Jojo ketika menjalani latihan di Rentap Muay Thai Gym. - NSTP/Nadim Bokhari

https://www.bharian.com.my/sukan ... ain-telefon-belajar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:34 PM GMT+8 , Processed in 0.057433 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list