CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5059|Reply: 0

[Perak] Jual nasi lemak selepas suami terlantar strok

[Copy link]
Post time 28-12-2023 12:50 PM | Show all posts |Read mode

JUNAIDAH (kiri) tabah menjaga suami yang diserang strok di rumahnya di Jalan Sungai Manik, Pasir Salak baru-baru ini.

PASIR SALAK – Seorang wanita buntu untuk mencari wang bagi memenuhi keperluan harian dan menjaga suami yang tidak dapat bekerja kerana terlantar di kediaman mereka di Jalan Sungai ­Manik di sini akibat diserang strok tiga bulan lalu.

Junaidah Saidin, 49, berkata, suaminya kini tidak dapat menggerakkan badan selain turut menghidap penyakit lain se­perti diabetes, darah tinggi serta mempu­nyai masalah untuk bercakap dan memerlukan RM5,400 sebulan untuk keperluannya.

Katanya, jumlah itu tidak termasuk perbelanjaan harian mereka sekeluarga.

Katanya, mereka sekeluarga hilang punca pendapatan selepas suami, Suhaimi Ramli, 53, yang sebelum ini bekerja sebagai pemandu lori hanya mampu terlantar di atas katil.

“Saya juga tidak boleh terlalu mengharapkan bantuan kewa­ngan daripada empat orang anak kerana mereka hanya ­bekerja biasa-biasa dan pendapatan ­diterima pula tidak menentu, sekadar cukup untuk menyara diri sendiri,” katanya kepada ­Kosmo! di sini baru-baru ini.

Katanya, dia yang kini berjualan nasi lemak di tepi jalan hanya memperoleh pendapatan tidak menentu kerana adakalanya tidak dapat berniaga kerana perlu menjaga suami di rumah.

Menurut Junaidah, selain menguruskan suami, dia juga perlu membahagikan masa menjaga kedua-dua ibu bapanya yang turut tinggal di dalam rumah tersebut.

“Suami ketika ini perlu berulang-alik ke Hospital Teluk Intan seminggu sekali untuk rawatan susulan. Untuk ke sana pun melibatkan kos.

“Dengan pendapatan tak seberapa daripada berniaga nasi lemak itulah saya gunakan untuk membeli barangan keperluan keluarga serta menjaga suami. Dia memerlukan susu khas berharga RM98 setin dan lampin pakai buang,” ujarnya.

Junaidah berkata, suaminya juga berhadapan kesukaran untuk tidur serta makan, sekali gus menjejaskan kekuatannya untuk bergerak.

“Dia hanya bergantung kepada susu khas itu untuk mendapatkan khasiat bagi tubuhnya.

“Saya tidak menerima sebarang bantuan daripada mana-mana pihak buat masa ini kerana tidak berkesempatan membuat permohonan,” katanya.

Orang ramai yang ingin meng­hulurkan bantuan boleh menya­lurkan ke akaun Ambank bernombor 8881045916259 (Junaidah Saidin) atau menghubu­ngi talian 011-21564609.
https://www.kosmo.com.my/2023/12 ... mi-terlantar-strok/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 12:58 PM GMT+8 , Processed in 0.208538 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list