CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11397|Reply: 6

[Dunia] Taiwan bersikap hipokrasi dalam isu Palestin-Israel

[Copy link]
Post time 29-12-2023 10:04 AM | Show all posts |Read mode
Edited by captjack79 at 29-12-2023 10:05 AM



BARU-BARU ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menekankan mengenai sikap hipokrasi dalam menangani krisis di Gaza oleh negara-negara yang kononnya memperjuangkan demokrasi dan hak asasi manusia.

Beliau berkongsi pandangan itu dalam wawancara eksklusif dengan kumpulan media utama Jepun, The Nikkei.

“Saya muak dengan hipokrasi ini. Ini bukan politik. Ini adalah isu kemanusiaan. Saya boleh katakan bahawa hipokrasi sedemikian (berlaku) di banyak negara yang kononnya mempromosikan demokrasi dan hak asasi manusia,” katanya.

Walaupun Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menyebut nama negara-negara tersebut secara langsung, namun salah satu negara yang dikritik oleh beliau adalah Taiwan yang menamakan diri sebagai simbol demokrasi asia.

Taiwan teguh berdiri bersama Israel sejak konflik Palestin-Israel tercetus pada 7 Okt. Pemerintah Taiwan segera menyokong propaganda Israel selepas konflik tercetus dan mengutuk Operasi Banjir Al-Aqsa sebagai serangan pengganas.



Pada 8 oktober, Presiden Taiwan Tsai Ing-wen berkata, bagi pihak rakyat dan kerajaan Taiwan, beliau menyatakan ucapan takziah kepada rakyat Israel. Taiwan merupakan negara demokrasi menentang apa-apa bentuk ancaman pengganas.

Naib Presiden Taiwan yang juga Pengerusi Parti Progresif Demokratik (DPP), Lai Ching-te juga berkata, Taiwan bersama masyarakat antarabangsa mengutuk ancaman pengganas dan serangan terhadap orang awam.

Wakil Pejabat Ekonomi dan Kebudayaan Taipei di Israel, Lee Ya-ping menderma sejumlah AS$70 ribu kepada askar dan keluarga Israel melalui NGO Israel yang bernama Pitchon-Lev. Lee Ya-ping juga berkata, beliau berbangga bahawa Taiwan merupakan kumpulan pertama yang memberi bantuan dan sumbangan kepada Israel.



Walau bagaimanapun, Taiwan berpaling daripada serangan dan bencana kemanusiaan yang dialami oleh rakyat Palestin di Gaza.

Selepas Pasukan Pertahanan Israel (IDF) melakukan serangan terhadap orang awam Gaza dan menghalang bekalan bantuan kepada penduduk Gaza, bahkan melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap hospital di Gaza.

Pemerintah Taiwan berdiam diri terhadap jenayah perangan tersebut dan tidak ingin mengutuk Israel melanggar undang-undang antarabangsa seperti Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa (UUKA) secara terbuka.

Seperti yang dikatakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Krisis di Gaza bukan politik. Ini adalah isu kemanusiaan. Apabila Israel menghadapi serangan, Taiwan segera menyatakan ucapan takziah dan memberi bantuan kepada Israel. Pada masa yang sama, Taiwan berpaling daripada penderitaan rakyat Gaza.

Jika Taiwan benar-benar mempromosikan demokrasi dan hak asasi manusia, sudah tiba masanya bagi Taiwan bersuara menyokong perjuangan rakyat Palestin dan meminta Israel mematuhi undang-undang antarabangsa.

https://suaramerdeka.com.my/taiw ... su-palestin-israel/






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-12-2023 10:07 AM | Show all posts
Why nak terkejut pula?  You have to look at the background la, Taiwan punya nemesis is China.  China ni kan "pro" palestine dgn Russia, takan dia nak join China pula ye dok?
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2023 10:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga chuols semua ditawan PRC
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2023 10:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Patut lah kot diorang ni sokong Israel..dah negara dia status tak pasti negara ke masih jajahan China ke... Harus lah dia menyokong Israel terpaling memahami kot...
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2023 12:24 PM | Show all posts
Tak kan lah dah jadi PM pun tak faham geopolitik.

Dah tu ko ingat Malaysia ni tak hipokrit ka? Cer keluar tempurung jap dan tengok dari luar
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2023 01:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Terbaik bang non sound taiwan hipokrit demokrasi penipu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-12-2023 01:33 PM | Show all posts
its known fact taiwan mmg americanized pun. halah halah halah terpaling
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 01:52 AM GMT+8 , Processed in 0.067016 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list