CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19131|Reply: 0

Caruman KWSP, Perkeso atlet kurangkan beban Yakeb

[Copy link]
Post time 31-12-2023 10:33 AM | Show all posts |Read mode
Caruman KWSP, Perkeso atlet kurangkan beban Yakeb


NOORUL Ariffin sambut baik keputusan KBS. FOTO Bernama


Shah Alam: Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb) melihat usaha yang dilakukan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sesuatu perkara yang positif dengan melaksanakan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) ke atas atlet di bawah Program Podium dan itu mampu mengurangkan sedikit beban pihak mereka.

Pengerusi Yakeb, Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed berkata, biarpun atlet sudah menerima caruman berkenaan, pihaknya tetap akan menyalurkan bantuan kepada atlet yang memerlukan untuk memastikan kebajikan atlet negara terus terbela.

"KWSP adalah satu simpanan kepada atlet dan Perkeso untuk kesihatan jadi ini secara tidak langsung untuk atlet bersara dan sekiranya menimpa kemalangan, kecederaan atau lain-lain penyakit. Ia juga sebenarnya secara tidak langsung akan mengurangkan beban Yakeb," katanya pada Kejohanan Bola Sepak KTM KOMUTER 2023 hari ini.

Terdahulu, pada 21 November lalu, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mengumumkan caruman KWSP dan Perkeso yang akan dilaksanakan bermula Januari telah diputuskan oleh Lembaga Pengurusan Majlis Sukan Negara (MSN) selepas kajian semula skim elaun latihan atlet kebangsaan dengan penekanan kepada kesejahteraan atlet diluluskan.

Menurut Hannah, menerusi penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Belia dan Sukan di Dewan Rakyat, caruman itu pengubah keadaan yang dilaksanakan kerajaan kerana sebelum ini tiada sebarang program membolehkan atlet negara mendapat KWSP dan Perkeso.


Sementara itu, beliau turut mengulas Kejohanan Bola Sepak KTM KOMUTER 2023 yang dianjurkan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) adalah usaha untuk merapatkan atlet bersama masyarakat.

"Ini harapan kami di Yakeb, supaya badan korporat dan agensi-agensi kerajaan membantu bekas-bekas atlet kembali berjasa dan bersama komuniti.

"Sebelum ini ada juga kejohanan badminton dan bola jaring, program seperti ini bagus untuk memperkenalkan semula legenda sukan tanah air kepada masyarakat Malaysia," katanya.


Sumber:https://www.hmetro.com.my/arena/ ... rangkan-beban-yakeb

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:30 AM GMT+8 , Processed in 0.052546 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list