CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 29021|Reply: 74

[Tempatan] Sudahkah anda, pendaftaran PADU cecah hampir setengah juta

  [Copy link]
Post time 4-1-2024 11:54 PM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 5-1-2024 04:01 AM

PETALING JAYA: Sebanyak 456,136 pengguna berjaya berdaftar melalui sistem Pangkalan Data Utama (PADU), setakat pukul 9 pagi tadi.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, seramai 230,443 pengguna juga berjaya membuat e-KYC (Kenali Pelanggan Anda Menerusi Platform Digital) dengan 61 peratus daripadanya selesai dengan pengesahan itu.

Beliau berkata, proses e-KYC boleh dilaksanakan sepenuhnya dalam tempoh kurang lima minit.

“Secara umumnya, individu yang memakai cermin mata tidak menyebabkan masalah untuk melaksanakan e-KYC.

“Pengguna perlu mengemas kini sistem pengoperasian telefon bimbit masing-masing dengan versi terkini, mengosongkan cache serta memastikan pelayar (browser) tidak berada dalam tetapan private.

“Sekiranya pengguna masih menghadapi masalah berkaitan e-KYC, pengguna boleh hadir ke kaunter PADU yang terdekat. Senarai lokasi kaunter PADU di seluruh negara boleh didapati di pautan dan klik ‘Senarai kaunter’,” katanya dalam kenyataan.

Mengulas lanjut, Rafizi berkata, setiap maklumat yang diperakukan tidak boleh dipinda oleh individu kecuali dengan membuat pelaporan aduan menerusi Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA).

Menurutnya, ia bagi membolehkan tindakan dilaksanakan oleh pentadbir PADU.

Berhubung masalah pengemaskinian variabel pendapatan, Rafizi berkata, pengguna perlu mengemas kini maklumat pekerjaan dan seterusnya boleh mengemas kini variabel pendapatan itu.

“Bagi kategori penganggur pula, pengguna boleh mengemas kini bantuan atau sumbangan serta memasukkan amaun bantuan atau sumbangan yang diterima sama ada daripada agensi kerajaan atau ahli keluarga bagi menampung kehidupan,” katanya.

Sementara itu, Rafizi berkata, susulan aduan mengenai kelemahan berkaitan pengendalian Application Programing Interface (API) berkaitan kata laluan yang menyebabkan risiko keselamatan, pasukan pembangunan sistem berjaya melaksanakan pembaikan, peningkatan dan pengukuhan dalam tempoh satu jam.

“Kami melihat isu keselamatan siber sebagai isu yang serius dan akan sentiasa memantau dan menguji sistem kami untuk memastikan tiada kecacatan atau kelemahan pada sistem,” katanya. – UTUSAN

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2024 11:59 PM | Show all posts
soalan noob: PADU ni untuk apa sebenarnya? Sebab iols baru dapat sms suruh update benda alah ni
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2024 12:02 AM From the mobile phone | Show all posts
hyie replied at 4-1-2024 03:59 PM
soalan noob: PADU ni untuk apa sebenarnya? Sebab iols baru dapat sms suruh update benda alah ni

Iya. Tolong feed aiols yang noob dan malas google pasal Padu ni juga. Apa benefits jika register? Sebagai pekerja gomen, berdosa ka jika refuse huntok register?
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2024 02:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak register padu korang takleh beli barang bersubsidi katanya. Contoh : minyak petrol, minyak masak, gula, beras etc etc.

Ikut pemahaman aku lah sebab diorang nak buat subsidi bersasar.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2024 05:33 AM From the mobile phone | Show all posts
hyie replied at 4-1-2024 11:59 PM
soalan noob: PADU ni untuk apa sebenarnya? Sebab iols baru dapat sms suruh update benda alah ni

Secara ringkasnya utk gomen bagi subsidi bersasar.cth mcm diorg nk bagi brim,ewallet,subsidi beras, petrol,perubatan segala mak nenek pengecualian cukai ko takyah mintak, update byk kali.tapi kalo uols fefeling t20 don't bother
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2024 08:24 AM | Show all posts
pakai je lah data LHDN
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-1-2024 08:39 AM | Show all posts

Data LHDN takde cerita pasal loan and other commitments kononnye.
Dlm padu ni boleh masukkan komitmen2 mcm loan kete, loan rumah atas nama korang..
Details anak2, etc..

Tapi mcm kat atas cakap la.. kalau korang agak2 tak dapat subsidi, kira T20, i.e. income 100k and above a year dengan komitmen yang tak berapa banyak, takyah ah isi (pendapat aku).. Dahlah ada security issues on the database itself.. so nanti kalau dah start subsidy bersasar, korang gelabah tete tak dapat, baru lah isi.. takde masalah pun.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2024 08:46 AM | Show all posts
tompie replied at 5-1-2024 08:39 AM
Data LHDN takde cerita pasal loan and other commitments kononnye.
Dlm padu ni boleh masukkan komit ...

LHDN buat lah kolum pembiayaan pinjaman, komitment, internet, tambah lagi kolumn
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2024 08:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Baru setngah juta, agak2 isirumah ada 10 juta
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2024 08:48 AM | Show all posts
Belum lagi terfikir nak daftar PADU..
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2024 08:52 AM | Show all posts
Lambat lg 31 mac tarikh akhir...silap2 extend smpai JUn pulak kot utk isi..

Biar laki iols isi dlu...weols x beranak pinak lg msti subsidi pn xdpt sgt klu dh income isi rumah byk.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2024 08:54 AM | Show all posts
ni untuk bipoti sama empoti hapdet data so that dpt sabsidi kan?

Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2024 08:59 AM | Show all posts
dah boleh masuk ke website padu nih?
smlm aku try tak boleh pun

Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2024 09:11 AM From the mobile phone | Show all posts
shamsadis replied at 5-1-2024 08:46 AM
LHDN buat lah kolum pembiayaan pinjaman, komitment, internet, tambah lagi kolumn

Ntah buat je tab pengisytiharan rete....ltk le akaun loan apo bagai...
Tanya la piji naper tak buek gitu je...
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2024 09:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku wait n see dulu la. Kalau rasa terbeban dgn harga brg takde subsidi, baru register. Maybe terasa kat petrol la kot. Gi keje naik basikal la cam ni utk peniaga2 pun tak leh guna barang subsidi ke? Makin naik la harga makanan nnt
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2024 09:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Sbb iols T20 (fliphair rambut kepuk2), so iols x pedulik psl padu ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2024 09:19 AM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 5-1-2024 12:02 AM
Iya. Tolong feed aiols yang noob dan malas google pasal Padu ni juga. Apa benefits jika register?  ...

Database. So xperlu isi data profil yg sama dlm sistem yg berlainan. Tambahan: tadi dgr dkt radio rafizi ckp boleh mengurangkan risiko data leak sb PADU dihandle oleh kakitangan gomen bukan third party yg mana staff gomen tertakluk kepada akta rahsia rasmi
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2024 09:29 AM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 5-1-2024 12:02 AM
Iya. Tolong feed aiols yang noob dan malas google pasal Padu ni juga. Apa benefits jika register?  ...

Semua staff gomen dah auto isi semua details.. kawan aiols from mampu... deme in house develop this back end system.. even geran tanah segala bedah ada info sbnrnya, tp kita tak nampak
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2024 12:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Tinot7 at 5-1-2024 12:40 PM
tompie replied at 5-1-2024 08:39 AM
Data LHDN takde cerita pasal loan and other commitments kononnye.
Dlm padu ni boleh masukkan komit ...


Iols daftar jahh.. tapi pengesahan takleh nak buat.. kena pi kaunter katanya
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2024 12:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi aku baca kat X katanya boleh overide password or something just guna nombor ic je. Senang beno?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 03:27 PM GMT+8 , Processed in 0.553237 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list