CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9540|Reply: 1

Dua Lipa batal pelancaran muzik video, bimbang elemen peperangan singgung perasaan masyarakat Palestin

[Copy link]
Post time 5-1-2024 08:40 AM | Show all posts |Read mode



PENYANYI Dua Lipa membatalkan pelancaran muzik video lagu terbaharunya yang sepatutnya dilancarkan pada bulan ini.

Dua Lipa membuat keputusan itu selepas mendapati terdapat beberapa babak berkaitan letupan, pergaduhan serta peperangan dalam muzik video berkenaan.

Elemen itu dikhuatiri akan menyinggung perasaan masyarakat di Palestin yang ketika ini sedang berdepan dengan kekejaman Zionis Israel.



Walaupun penghasilan muzik video tersebut menelan kos ratusan ribu dolar namun akur kerana dia sendiri terkesan dengan penindasan dan kekejaman pihak Zionis terhadap penduduk di negara bergolak itu.

"Hati saya remuk bila mengenangkan nasib masyarakat Palestin apabila dua juta nyawa dibunuh kejam yang di antaranya adalah kanak-kanak.

"Tidak terbayang penderitaan menimpa mereka," katanya menerusi hantaran di Instagram.

Difahamkan proses rakaman muzik video tersebut sudah selesai sejak tahun lalu sebelum peperangan di antara Palestin dan Israel teretus.

Penyanyi lagu News Rules berketurunan Albania itu turut berharap keajaiban berlaku selain serangan berterusan di Semenanjung Gaza dihentikan segera.

"Saya harap berlaku gencatan senjata di Gaza dan penindasan terhadap mereka dihentikan segera," ujarnya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2024 11:03 AM | Show all posts
bgs la ada sensitiviti
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:20 PM GMT+8 , Processed in 0.084143 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list