CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30051|Reply: 0

[Perak] Seleweng zakat RM9.62 juta: Pasangan berurusan secara online - Polis

[Copy link]
Post time 6-1-2024 04:51 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan

Ipoh: Pasangan suami isteri yang ditahan berhubung siasatan ke atas sebuah syarikat yang dilantik sebagai ejen kutipan zakat Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak (MAIPk) selepas disyaki menyeleweng kutipan zakat sebanyak RM9.62 juta, menjalankan transaksi kutipan secara dalam talian.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, berkata pasangan berusia 50 dan 53 tahun itu yang ditangkap di Kuala Lumpur jam 12.35 tengah hari semalam kini direman tujuh hari bermula hari ini sehingga 12 Januari mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

Menurutnya, tangkapan yang dibuat Jabatan Siasatan Jenayak Komersial (JSJK) Bukit Aman bersama JSJK Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak itu mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan iaitu kerana jenayah pecah amanah.

"Talian sahaja," katanya ringkas ketika dihubungi hari ini bagi mengulas sama ada syarikat berkenaan menjalankan kutipan zakat secara bersemuka, atau dalam talian.



Semalam, Mohd Yusri berkata pasangan suami isteri yang ditangkap itu berperanan sebagai ejen kutipan zakat dan bukan kakitangan mana-mana pusat pungutan zakat di negara ini.

Khamis lalu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf mendedahkan penyelewengan terbabit.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... secara-online-polis
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 05:49 AM GMT+8 , Processed in 0.062608 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list