View: 6791|Reply: 0
|
[Wilayah Persekutuan]
Warga asing jadikan taman permainan sebagai 'rumah'n
[Copy link]
|
|
Tangkap layar dari laman X
KUALA LUMPUR: Tindakan sekumpulan warga asing yang menjadikan sebuah taman permainan sebagai 'rumah' mendapat kecaman hebat netizen di media sosial.
Menerusi video yang tular di laman X baru-baru ini, kelihatan beberapa individu dipercayai warga asing dari Myanmar mengangkat tilam dan berkumpul gazebo berhampiran kawasan taman permainan iaitu di sekitar taman perumahan Bandar Mahkota Cheras.
Malah di waktu malam, golongan terbabit dipercayai turut meletakkan tilam di tengah-tengah kawasan padang taman permainan.
Dalam video berkenaan turut dilihat perakam bersama penduduk membuat serbuan di pondok terbabit.
Menurut perakam, kawasan terbabit dijadikan seperti rumah dan dalam keadaan kotor selain turut mempunyai dapur.
Perakam turut menyifatkan keadaan itu seperti di kem pelarian.
Warga asing buat taman permainan tempat tidur.
BAHAYA kalau ada budak main dekat taman permainan ni macam macam boleh terjadi .
"Kita bukan tak ada perikemanusiaan, tapi korang tengoklah sendiri, ni tempat permainan ni, tempat nak riadah tapi dah jadi pula macam rumah mereka," kata perakam menurut video itu.
Dalam pada itu, yang lebih membahayakan lagi adalah apabila terdapat botol pecah di kawasan terbabit dan boleh mengancam keselamatan penduduk lebih lagi kanak-kanak yang bermain di taman permainan itu.
Dalam video sama, kedengaran beberapa individu dipercayai penduduk meminta kumpulan berkenaan keluar dari kawasan terbabit pada keesokan harinya.
Warga asing terbabit turut memohon maaf ketika diserbu penduduk.
Penduduk juga mengarahkan tempat itu dibersihkan sebelum beredar.
Menurut video yang dikongsi @mynewshub, perakam yang merakam video terbabit turut menunjukkan individu (warga asing) berkenaan juga menyidai pakaian mereka pada bangku yang disediakan di taman permainan itu.
Melihat di ruangan komen, ramai netizen yang mengecam serta meminta penduduk di taman terbabit untuk membuat laporan selain tidak kurang juga ada yang meminta pihak berkuasa untuk mengambil perhatian dan tindakan sewajarnya.
"Tolong gubal undang-undang di mana rakyat Malaysia buat ambil tindakan terhadap pendatang asing tanpa izin (PATI) nih," kata pengguna @ajutz86
"Halau balik Myanmar plsss…," kata seorang lagi pengguna, @Adalat997
Sementara itu, pengguna @NoraAhm94290302 pula berpendapat golongan terbabit perlu dihantar balik ke negara mereka.
"Mereka ni patut dihntr blk ke negara mereka masing2 ni mesti yg dtg secara haram ni," katanya menurut ciapan yang dimuat naik.
https://www.bharian.com.my/berit ... ainan-sebagai-rumah |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|