View: 10975|Reply: 0
|
[Wilayah Persekutuan]
Cadangan buka rumah pelacuran perlu ditolak sepenuhnya - Mohd Na'im
[Copy link]
|
|
DATUK Dr Mohd Na’im Mokhtar. FOTO Izairi Shamsudin
Putrajaya: Cadangan membuka rumah pelacuran adalah bertentangan dengan peruntukan undang-undang sivil dan syariah, bahkan jelas bertentangan dengan prinsip ajaran Islam dan Maqasid al-Syariah.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata, cadangan itu tidak boleh diterima sama sekali dan sewajarnya ditolak oleh segenap lapisan masyarakat.
Menurutnya, dalam mencari penyelesaian terhadap permasalahan itu kaedah fikah sewajarnya dijadikan panduan dan kemudaratan itu tidak boleh dihilangkan dengan kemudaratan yang lain.
Katanya, cadangan itu sudah mengundang polemik dan kontroversi dalam kalangan masyarakat memandangkan pelacuran adalah aktiviti yang tidak dibenarkan mengikut undang-undang di negara ini.
"Orang ramai dinasihatkan agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menimbulkan polemik atau isu yang bertentangan dengan ajaran Islam," katanya dalam kenyataan hari ini.
Kenyataan Mohd Na'im merujuk kepada laporan portal tempatan semalam mengenai kenyataan seorang pelakon terkenal tanah air dalam sebuah podcast di laman sosial berhubung cadangan membuka rumah pelacuran kepada warga asing sebagai langkah mengurangkan kes rogol dalam negara ini.
Mohd Na'im berkata, pelacuran adalah kesalahan di bawah Kanun Keseksaan (Akta 574) dan antara peruntukan berkaitan kesalahan pelacuran adalah seperti Seksyen 372- menyalahguna mana-mana orang bagi tujuan persundalan; Seksyen 372 A - hidup daripada hasil persundalan atau perdagangan persundalan; Seksyen 372B - mencari langganan bagi maksud persundalan dan Seksyen373 - menguruskan rumah persundalan.
Menurutnya, dalam Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559) juga terdapat beberapa peruntukan yang berkaitan dengan kesalahan pelacuran.
Katanya, antaranya seperti Subseksyen 21- pelacuran; Seksyen 22 - muncikari (seseorang yang bertindak sebagai orang tengah antara seorang perempuan dengan seorang lelaki bagi apa-apa maksud yang menyalahi hukum syarak) dan Seksyen 23 - persetubuhan luar nikah.
"Di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 juga ada memperuntukkan kesalahan kepada mana-mana orang yang menganjurkan, mendorong atau menggalakkan orang lain untuk melakukan apa-apa maksiat sebagaimana diperuntukkan di bawah seksyen 35 Akta 559," katanya.
Beliau berkata, pelacuran adalah jenayah berat di sisi undang-undang Islam yang termasuk dalam kategori hudud.
Menurutnya, pelacuran dan zina adalah perbuatan yang membabitkan hubungan seksual di luar hubungan perkahwinan.
"Zina didefinisikan oleh Al-Sarkhasi dan Ibn Abidin dari mazhab Hanafi sebagai persetubuhan haram dengan perempuan hidup melalui vagina yang dilakukan dalam negara Islam yang mana perempuan itu secara jelas bukanlah daripada isterinya yang sah," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... epenuhnya-mohd-naim |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|