CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8869|Reply: 0

[Selangor] Lelaki ditemui mati dengan wayar hos ekzos disambung dalam kereta

[Copy link]
Post time 9-1-2024 05:37 PM | Show all posts |Read mode

Lokasi seorang lelaki dalam keadaan meninggal dunia di Jalan PJU 8/1, Bandar Damansara Perdana, Petaling Jaya, semalam.

PETALING JAYA – Lelaki tempatan ditemui meninggal dunia dalam sebuah kereta jenis Proton Wira di Jalan PJU 8/1, Bandar Damansara Perdana, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada pukul 8.40 malam daripada orang awam.

Katanya, pengadu mendapati terdapat seorang lelaki tidak sedarkan diri dalam sebuah kereta di lokasi kejadian.

“Siasatan awal mendapati, mangsa dipercayai telah menyambungkan wayar hos daripada ekzos kenderaan itu dan memasukkan hos tersebut ke dalam bahagian kereta.

“Turut dikesan kenderaan itu telah dikunci daripada dalam kereta,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, pihak ambulan dari Hospital Sungai Buloh tiba di lokasi telah mwngesahkan kematian mangsa yang berusia 49 tahun.

Kata Fakhrudin, siasatan di tempat kejadian mendapati tiada unsur jenayah dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR).

“Orang ramai yang melihat atau berada di tempat kejadian diminta tampil ke balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan Ketua Polis Balai Damansara, Inspektor Hafizzul Mohd Noor di talian 016-2236804 bagi membantu siasatan,” katanya.-KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... mbung-dalam-kereta/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 05:15 AM GMT+8 , Processed in 0.035512 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list